.

Palestin di PWTC

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Dewan Merdeka PWTC, 9 Mei 2009 – Suasana Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis berlangsung sungguh meriah dan berjalan lancar seperti yang dirancang oleh Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA) - sayap ISMA dengan kerjasama Aman Palestin Berhad.
    Konvensyen yang pada asalnya hanya mensasarkan 2000 orang belia daripada seluruh negara telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada golongan belia apabila kehadiran melebihi 3000 orang. Pendaftaran terpaksa ditutup awal bagi mengelakkan kesesakan berlaku didalam Dewan Merdeka.

    Kebanyakkan yang hadir begitu bersemangat untuk mengikuti konvensyen ini yang julung-julung kalinya diadakan di Dewan Merdeka, sebuah dewan yang terkenal dengan pelbagai aktiviti besar negara. Seorang belia daripada Pulau Pinang, Kamarul Ashraf Zamri,20 , apabila ditanya mengapa beliau sanggup hadir ke konvensyen ini menyatakan bahawa sememang golongan belia seperti beliaulah yang sepatutnya mengetahui isu Palestin untuk mengambil semangat juang dan ketabahan rakyatnya sebagai contoh teladan.
    Tidak kurang juga ada yang membawa kesemua ahli keluarga untuk mengikuti konvensyen ini semata-mata ingin mengetahui isu yang amat besar ini dan sebagai didikan kepada anak-anak mereka. Perkara ini membuktikan bahawa isu Palestin kini sudah menjadi isu yang menyedarkan umat peri pentingnya Islam dalam kehidupan dan kepentingan bersatu-padu.

    Ustaz Abdullah Zaik ketika sesi sidang media diadakan menyatakan bahawa rakyat Malaysia sudah semakin sedar dengan isu Palestin. Buktinya ketika tahun 2006, Aman Palestin pernah mengadakan satu program mengingati peristiwa Al-Aqsa dibakar dan kehadiran ketika itu hanyalah 200 orang. Namun dengan berlangsungnya konvensyan ini telah membuktikan rakayat Malaysia sudah semakin sedar dan faham isu Palestin apabila kehadiran melebihi 3000 orang, satu kehadiran diluar jangkaan penganjur.

    Apabila diteliti semula para peserta yang hadir, rata-ratanya amat bersungguh-sungguh dan sanggup beratur panjang semata-mata untuk menjadi peserta konvensyen ini. Ada peserta yang sanggup membayar lebih dan menyatakan kesanggupannya untuk duduk ditangga sahaja jika kerusi telah penuh diisi. Ada juga para peserta yang datang berkumpulan dari pelbagai negeri seperti Kelantan , Perlis dan Pulau Pinang dan telah bertolak dari negeri masing-masing seawal tengah malam lagi bagi memastikan kehadiran mereka tepat pada waktunya serta tidak terlepas sebarang sesi pembentangan.

    Kemeriahan konvensyen ini diharap akan membakar semangat ahli PEMBINA untuk bersama-sama membina belia seperti yang seringkali dilaungkan oleh PEMBINA. Moga konvensyen ini menjadi titik pemula bagi PEMBINA untuk maju kehadapan lagi dan menjadi sebuah organisasi belia yang dapat membangunkan jati diri dalam jiwa belia Malaysia kearah kehidupan yang lebih baik iaitu Islam.

    ‘Bersama Membina Belia’. Syabas belia, syabas PEMBINA!

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net