.

KEM IBADAH NAZIM

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Tadika Mawaddah, Paloh, 28 Mei 2009 - Pusat Pengajian (PP) Mawaddah, yang merupakan sebahagian Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kelantan telah melakar sejarah dirinya dengan menganjurkan sebuah program Qiamullail, khusus untuk anak-anak didik Mawaddah dan menamakannya sebagai NAZIM Mawaddah. Bermula pukul 6.00 petang Khamis, program yang diadakan buat julung kalinya dianjurkan oleh PPMawaddah ini dimulai dengan pendaftaran penyertaan oleh peserta. Seramai 30 orang kanak-kanak perempuan telah menyertai program, dan ini merupakan suatu yang di luar jangkaan pihak penganjur. Seramai empat orang fasilitator dari kalangan kakitangan pihak PPMawaddah, yang juga merupakan ahli ISMA juga turut sama menjayakan program ini.


    Antara pengisian yang dimuatkan ialah ‘ice breaking’, kembara malam, tazkirah penghayatan solat, tunjuk ajar kaedah mengambil wuduk dan mendirikan solat yang sempurna. Tahajud Jamaei juga diajar kepada para peserta. Biarpun terpaksa bangun awal, mereka tetap bersemangat untuk solat tahajud secara beramai-ramai. Slot riadah juga tidak ketinggalan mengisi ruang. Program bersurai pada pukul 8.00 pagi - Jumaat.


    Modul yang digunakan oleh PPMawaddah adalah sama dengan konsep yang dibawa oleh ISMA. Syukur, melalui respon yang diterima, ia amat memberangsangkan. Dalam rangkaan masa yang lebih panjang, pihak ISMA bercadang untuk menyerap anak-anak ini ke dalam ISMA untuk sama-sama menjadi perintis dalam perjuangan dakwah. Insya-ALLAH.

    Unit Editor,
    NAZIM ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net