.

Mereka Menjajah Bukan Dengan Senjata

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Kota Bharu, 30 Ogos: Nabi S.A.W mengajak kita mengambil berat keadaan umat Islam sebagaimana hadis yang bermaksud, sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka yang membawa maksud, seorang muslim yang sempurna imannya ialah seorang muslim yang mengambil berat hal ehwal umat Islam keseluruhannya ujar ustaz Abdul Halim Abdullah ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

    Beliau turut memetik firman Allah yang bermaksud, sesungguhnya umat ini, adalah umat yang satu, dan Aku (kata Allah) adalah Robb kamu, maka hendaklah kalian menyembah Aku. Oleh itu, kita mesti ambil peduli terhadap apa yang berlaku di Mesir. Kerana Mesir kira-kira satu abad yang lalu sama macam negara kita, yang diperintah oleh British, mereka menjajah bukan dengan senjata, tetapi mereka menjajah dengan mesin cetak, mereka cuba untuk merosakkan pemikiran Islam melalui mesin cetak, ianya telah berlaku sejak zaman Napoleon lagi.

    Tambah ustaz Halim lagi, pertarungan dunia hari ini, ialah pertarungan tamadun dunia barat dengan dunia Islam. 

    Katanya lagi, Islam sampai ke tanah melayu disebabkan darah-darah syuhada' di Badar, Uhud, Khandaq dan sebagainya. Oleh kerana itulah kita hendak melahirkan generasi yang cintakan agama. Sepertimana Mesir, kebangkitan di Mesir merupakan abang kepada negara arab.

    Menyentuh keadaan bumi Mesir sekarang, ustaz Halim menyatakan bahawa, tugas tentera menjaga sempadan keamanan negara. Kalau kita pergi ke Amerika, Britain dan sebagainya, kita akan rasa aman, tetapi dunia barat merancang agar tentera umat Islam yang dilatih untuk menjadi tentera akhirnya memerangi umatnya sendiri, lihatlah apa yang berlaku di Algeria, Pakistan, Mesir dan sebagainya.

    Kuliah subuh yang dihadiri oleh kira-kira 70 orang ahli jemaah itu telah disampaikan selama 1 jam 20 minit di masjid Mukim Lundang.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    Lagi Gambar Sekitar Kuliah Subuh





    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net