.

Ramadhan Adalah Bulan Al-Quran

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • Kota Bharu, 28 Jun: Ramadhan adalah bulan yang perlu diperlakukan perlakuan kita dalam bentuk berbeza, sebagai contoh jadual kerja, kena ubah, jadual kehidupan kena ubah, supaya ada masa untuk melakukan ibadat. Ini jelas sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Imam Malik r.h di mana kerjanya adalah mengajar orang, tetapi bila masuk sahaja bulan ramadhan dia akan berhenti mengajar kerana katanya, bulan ramadhan adalah bulan al-Quran jelas naib presiden 1 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ustaz Muhammad Fauzi Asmuni secara panjang lebar.

    Katanya lagi, di Malaysia, ramai orang menggunakan mazhab yang dipanggil mazhab nusantara iaitu satu aliran dari dalam mazhab syafi’ie yang membaca niat berpuasa setiap malam, adapun niat pada awal berpuasa secara pukal sebulan penuh ialah mengikut mazhab imam Malik. Sebernarnya kita bangun untuk bersahur itu sudah dikira niat berpuasa kerana berlakunya lintasan hati untuk berpuasa ketika itu, dan itu adalah mazhab al-Imam Syafi’ie.

    Menurutnya lagi, dalam kaedah islam, rukhsah (keringanan) itu lebih afdhal (utama) seperti hukum berpuasa bagi orang musafir, mana lebih afdhal? Adakah berbuka lebih afdhal atau terus berpuasa lebih afdhal? Menurut pandangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan lainnya sepertimana kata-kata Umar Abdul Aziz bahawa yang lebih afdhal ialah yang lebih ringan dengan makna ia mengikut kesesuaian dan kemampuan seseorang.
    Katanya lagi dalam mazhab imam Abu Hanifah terdapat enam puluh perkara-perkara yang membatalkan puasa.

    Beliau turut membacakan hadis yang bermaksud berapa ramai orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.

    Sesungguhnya perbicaraan berkenaan puasa ini telah diketahui oleh umum, tetapi mengingatkan kembali sesama kita adalah satu tuntutan bagi kita semua terutamanya dalam permasalahan fekah puasa. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di masjid kampung Sireh dihadapan kira-kira seratus orang ahli jemaah yang hadir.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA






    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net