.

Istiqamah Hati

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Kota Bharu, 5 April: Katakanlah aku beriman dengan Allah, kemudian istiqamahlah, walaupun hadis ini dua tiga patah sahaja dari Rasulullah S.A.W, tetapi baginda membawa banyak makna, antaranya, sepertimana maksud ayat, mereka yang berkata Tuhan kami ialah Allah, ini bermakna tidak menyekutukan Allah, tidak mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu sesuai dengan ikrar kita di dalam solat, sesungguhnya solatku, ibadahku (pengorbananku), hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan alam semesta,  inilah yang dinamakan istiqamah hati jelas ustaz Muhammad Ismail, AJK ISMA Kota Bharu.

    Begitu juga lidah kita, ianya perlu lurus, sekalipun kita bergurau senda, ianya tidak boleh melampaui batas agama Allah, sabda Rasul S.A.W yang bermaksud,  tidak istiqamah iman seseorang sehinggalah istiqamah hatinya, dan tidak istiqamah hati seseorang sehingga istiqamah lidahnya katanya lagi.

    Ustaz Muhammad berkata demikian di dalam tazkirah ringkas program malam bina iman dan taqwa (MABIT) anjuran biro tarbiyah ISMA Kota Bharu.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA 

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net