بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين, والصّلاة والسّلام على رسول الله, وعلى آله وصحبه أجمعين
Segala puji bagi Allah, segala puji bagi Allah, segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W, sahabat-sahabatnya serta ahli keluarganya.
Ikhwah dan akhawat yang
dirahmati Allah sekelian,
Moga perjalanan jamaah kita di
Kota Bharu, di Kelantan, berjalan dengan
baik dan berkembang fikrah kita, dan kita yakin bahawa fikrah kita adalah
fikrah yang terbaik, dan orang lain pun boleh juga mendakwa dengan mengatakan
bahawa fikrah mereka adalah fikrah yang terbaik dengan syarat sumber kepada
fikrah tersebut mestilah daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W
Ana (saya) ingat lagi kata-kata
IR Ahmad Solah apabila seorang ikhwah bertanya kepadanya adakah manhaj ini
manhaj ikhwan Mesir atau manhaj ikhwan dauli (antarabangsa) beliau menjawab, bahawa manhaj ini adalah manhaj dari Allah S.W.T, bukan manhaj ikhwan tetapi
manhaj Allah yang terkumpul dari Al-Quran, Sunnah dan sirah Nabi S.A.W
Pada hari ini juga ana bacakan juga
untuk ingatan kepada ikhwah dan akhawat semua apa yang telah disebutkan oleh
saiyyidina Abu Bakar R.A. bukanlah ana yang terbaik dari kalangan ikhwah dan
akhawat semua.
Yang kedua ucapan Doktor Nasr
Farid Waasil mantan mufti Mesir dahulu, ketika ditanya oleh seorang penyanya
pada malam perlantikannya sebagai mufti Mesir, apabila anda dilantik, adakah ia
merupakan satu tasyrif, takrim atau taklif, maka jawabnya, apabila anda
dilantik maka ia adalah satu taklif, tasyrif adalah satu pengurniaan kepada
diri anda, takrim satu kemuliaan kepada diri anda, manakala taklif pula adalah
satu tanggungjawab bagi diri anda.
Rentetan dari itu, ana bacakan
sepuluh wasiat al-Imam Hasan Al-Banna sebagai renungan untuk diri ana dan juga
ikhwah dan akhawat semua.
Pertamanya, bersegeralah kamu
sembahyang apabila kamu mendengar azan walau apa keadaan kamu sekalipun.
Kedua, bacalah al-Quran ataupun
teliti ataupun mendengar ataupun sebut nama Allah selalu, jangan biarkan satu
juzu’ pun daripada masa hilang atau dibiarkan kepada perkara yang tidak
berfaedah.
Ketiga, berusahalah bercakap
dalam bahasa arab fushah, bahasa arab kebangsaan, kerana ia adalah syiar Islam.
Ini masalah yang dihadapi sekarang, orang yang tidak belajar bahasa arab
bercakap lebih-lebih tentang Islam. Inilah puak-puak liberal yang cuba nak
memahami Islam dengan akal.
Keempat, jangan kamu berbalah,
bertengkar dalam apa masalah sekalipun kerana pertengkaran tidak membawa kepada
kebaikan.
Kelima, jangan kamu banyak suka,
kerana hati yang berhubung dengan Allah Taala tenang dan bebas, hati ni tenang dan jernih,
maknanya, kita tidak boleh banyak bersuka-suka yang tidak mendatangkan faedah.
Keenam, jangan banyak bergurau,
kerana umat yang bermujahadah tidak tahu melainkan bersungguh-sungguh.
Ketujuh, jangan kamu angkat suara
kamu lebih daripada apa yang diperlukan oleh orang yang mendengar, jangan
angkat suara lebih tinggi atau lebih suara daripada yang diperlukan oleh dia
(orang lain). Kerana ia satu yang menyakitkan. Perbuatan mengangkat suara itu
tidak sopan dan menyakitkan orang.
Kelapan, jauhi daripada mengumpat
seseorang ataupun mengkritik badan-badan, organisasi-organisasi. Jangan kamu
bercakap melainkan hanya kebaikan sahaja.
Kesembilan, kenalilah ataupun
berkenalanlah dengan orang yang kamu jumpa daripada sahabat-sahabat kamu kaum
keluarga kamu walaupun ia tidak minta daripada kamu kerana asas dakwah ini
ialah al-hubb, berkasih sayang dan juga berkenalan. Ini berlaku pada orang
barat, orang barat ni dia open (terbuka) maknanya kalau dia berkenalan dia akan
perkenalkan nama dia sama dengan orang cina kalau dia bertemu dengan kita dia
bagi kad, ini adalah ajaran Islam.
Kesepuluh, kewajipan berkerja,
kerja sebenarnya lebih banyak daripada waktu, maka tolonglah, bantulah orang
lain supaya dia boleh ambil faedah, ambil manfaat dengan waktunya ataupun
dengan maksud tolong orang lain isikan waktunya dengan benda-benda yang
berfaedah. Sekiranya kamu ada kerja yang penting maka cubalah ringkaskan kerja
itu untuk mencapainya. Jadi ikhwah tolong ingat balik wasiat al-Imam Hasan
Al-Banna ini.
Seterusnya yang ketiga, sedikit
polisi, apabila kita pegang jawatan, maka segala polisi yang kita ambil yang
kita nak bawa apa-apa organisasi dalam masyarakat. Ana nak tekankan sikit
bahagian dalaman, maknanya manhaj, maknanya penguasaan manhaj semua
peringkat,kita kena cuba ilmam (tahu faham) semua apa yang terkandung dalam
manhaj ini. Hal-hal yang perlu di daurahkan kita akan panggil ikhwah daripada
pusat. Agar mereka boleh bagi daurah yang lebih baik lebih faham.
YDP ISMA Kota Bharu
Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul
Aziz
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment