Tahniah dari kami Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan khususnya, dan dari kami rakyat Malaysia umumnya, buat rakyat Mesir dan Doktor Muhammad Mursi setelah disahkan sebagai Presiden Republik Arab Mesir yang rasmi oleh suruhanjaya pilihanraya presiden.
Semoga kemenangan ini menjadi titik tolak kebangkitan khilafah Islaamiyyah yang jatuh pada tahun 1924M dan berkahirnya malapetaka yang menimpa umat Islam di Palestin serta al-Aqsa dibebaskan sebagaimana Sayyidina Umar al-Khottob dan Salahuddin al-Ayyubi telah membebaskannya sebelum ini.
Bagi gerakan Islam di seluruh dunia, di antara pengajaran penting yang boleh diambil dari kebangkitan rakyat Mesir dan kemenangan gerakan Islam di sana ialah seperti berikut:
1- Pentingnya pembinaan iman dan kefahaman Islam yang sahih dikalangan ahli sesebuah gerakan dakwah dan disebarkan keseluruh jiwa penduduk pribuminya.
2. Perlunya bersifat sabar dan tidak gelojoh di dalam mencipta sesuatu kejayaan, kerana sesuatu hasil yang diraih itu memerlukan pengorbanan yang terlalu besar dan ujian yang cukup tinggi.
3. Perlunya pendokong yang ikhlas, bersifat akur kepada arahan samaada dalam keadaan rela hati atau sebaliknya selagimana arahan tersebut tidak melanggar syariat Allah dan Rasul.
4. Perlunya permuafakatan dan bantu membantu, khususnya dalam perkara-perkara yang bersangkut paut dengan 5 asas hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain, iaitu Agama, nyawa, akal, maruah dan harta.
5. Kecintaan kepada Allah, Rasul, negara, bangsa dan tanahair mengatasi kecintaan terhadap diri sendiri.
6. Tidak melanggar batas-batas syariat Allah dan Rasul malah berusaha menjaganya semampu mungkin walau berada dalam apa jua situasi.
7. Tidak mudah percaya kepada sebarang propaganda yang disebarkan sebaliknya mempertahankan sesuatu perkara yang telah diputuskan demi untuk kemaslahatan gerakan, ummah dan negara.
8. Tidak memburukkan nama negara kepada negara luar kerana permasalahan dalaman perlu diselesaikan oleh mereka yang menjadi penduduk tempatan itu sendiri.
9. Tidak khianat kepada Agama, bangsa dan negara walau macammana keadaan sekalipun.
Inilaha diantara beberapa perkara yang sempat dicoretkan di sini untuk dijadikan sebagai panduan buat mereka yang cintakan Agama, bangsa dan negaranya sendiri.
Sesungguhnya ribuan syuhada' telah terkorban malah mungkin ratusan ribu telah bersemadi jasadnya kerana mempertahankan kebenaran, kemuliaan bangsa, kekuatan negara dan kemanisan hidup walau berhadapan dengan ketakutan, ugutan, penyiksaan, pembunuhan dan pelbagai bentuk ujian.
Namun bangsa mesir dan penduduknya tetap setia pada janji Allah bawah kemenangan itu dekat, bendera khalifah semakin dekat, rakyat hidup penuh berkat dan pemimpin yang soleh itu adalah harapan umat.
Akhirnya... Allahu Akbar Walillahil Hamd atas keputusan yang telah ditentukan oleh Allah Azza Wa Jalla.
Antara ucapan pertama Presiden Mesir 2012 ;
"Taatilah saya selagimana saya mentaati Allah.. Tanpa darah para syuhada, tidaklah saya mampu menjadi Presiden. Kebangkitan ini kekal berterusan sehinggalah ia memenuhi segala tuntutan Medan Tahrir..
Penghargaan buat tentera dan polis, mereka mempunyai tempat istimewa di hati saya. Kini semua lapisan rakyat diseluruh negara adalah kaum keluarga saya. Bersama kita membina Mesir sebagai sebuah negara berperlembagaan yang moden, berteraskan identiti dan rujukan kita sendiri.
Tiada lagi ketidakadilan selepas hari ini, semua pihak adalah sama disisi undang-undang. "Dan takutlah kamu kpd hari dimana kamu akan dikembalikan mengadap Allah.." - inilah ayat yg akan kekal di dalam pemikiran saya... Sumber [ikhwanonline.com]
PERTOLONGAN DAN KEMENANGAN
ITU DATANGNYA DARI ALLAH MAKA PUJILAH DIA
Disediakan oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment