.

Pendakwah Perlu Hidup Luar Biasa

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa ISMA Kelantan, Ustaz Abdul Karim bin Mohamed menyarankan agar seseorang pendakwah perlu hidup luar biasa dan bersistematik daripada orang lain supaya dakwah lebih perkasa semasa berucap di dalam mesyuarat agung Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Kelantan baru-baru ini.


    Menurut beliau, Pendakwah perlu ada kekuatan dan sentiasa bersedia untuk berkorban apa sahaja demi islam, walaupun kedapatan mereka yang bergelumang dengan dunia sentiasa kelihatan susah untuk berkorban dan mencipta alasan.


    Ustaz Abdul Karim juga turut menekankan tentang kepentingan dakwah yang tidak akan berkembang tanpa jemaah, katanya, orang yang hidup tanpa jemaah tidak akan mampu membawa dana yang banyak ke akhirat berbanding orang yang berada dalam di dalam jemaah. Walau bagaimanapun, jemaah yang diikuti mestilah mengikut maqasid syarak supaya dakwah tidak terpesong.


    Beliau turut mengaitkan tentang sifat Allah A.W.T yang akan memuliakan sesiapa sahaja yang menyebarkan dakwah ikhlas keranaNya. Seperti mana Nabi Muhammad S.A.W seorang yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana baginda telah menyebarkan dakwah Islam kepada umatnya.


    Di akhir ucapannya beliau berpesan supaya PEMBINA Kelantan dapat bersama-sama bekerjasama dalam menjayakan aktiviti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan merebut peluang mencari pahala semaksimum yang mungkin kerana dakwah tidak memerlukan kita tetapi kita yang perlukan dakwah.


    Disediakan Oleh;

    Norhaizan Razali

    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net