.

Tazkirah untuk generasi baru

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Alhamdulillah, ramai anak buah kita telah mula berada di awal alam pekerjaan. Ada yang sudah mendapat kerja, ada yang belum . Dapat kerja dapat gaji. Apa seterusnya. Aku perlu kenderaan, perlu rumah. Kenderaan yang macamana, second hand, baru. Apa pula jenama. Inilah antara perkiraan dikalangan mereka.Biasanya nak kenderaan yang baik-baik. Baru dan berjenama. Tengok tu ramai mas`ul atau mas`ulah pakai kereta baru. Ada rumah baru. Nak ikut macam mereka.
    Sebelum bertindak cuba teliti beberapa kisah benar berikut sebagai tazkirah tanpa menyebut nama sebenar mereka. Maklumat umum, biasanya mas`ul atau mas`ulah telah bekerja antara 15 hingga 25 tahun. Dah berapa buah motor kapcai yang mereka naik sebelum sampai ketahap sekarang tetapi masih thabat dalam dakwah dan Alhamdulillah Allah curahkan rezeki yang murah kerana pengorbanan mereka kepada dakwah. Sudah berapa buah kereta buruk yang mereka pandu. Kereta bocor sana-sini. Wiper tercabut semasa hujan ketika bersama keluarga.Aircond tak ada langsung. Ada kereta milik ikhwah tak ada ignition ( dah rosak), kalau nak start kena sambung wayar dulu. Kemudian letak starring betul-betul kerana selalu tercabut. Lepas tu baru boleh jalan. Ada kereta ikhwah kena bawa bekas untuk tadah hujan nanti basah penumpang.Ada yang diperjalanan tercabut wiper semasa hujan lebat. Dan banyak cerita lagi, cukup setakat ini dibuat sebagai contoh. Mesej utama tajuk ini ialah supaya adik-adik kita janganlah menjadikan isu ini menyebabkan mereka tertinggal dalam dakwah. Mereka dapat gaji dihabiskan untuk tunaikan tuntutan hidup yang melebihi pendapatan mereka. Payah nak pergi dakwah nak berjimat kerana nak bayar ansuran kereta. Susah nak infak. Semuanya kerana nak jimatkan belanja.
    Untuk itu marilah sama-sama kita berhati-hati supaya dakwah kita terus berjalan dengan baik dan kita bersama dengan dakwah. Boleh memiliki kenderaan atau rumah tetapi biarlah bersederhana. Insya Allah rezeki untuk antum akan bertambah jika antum bersama dengan dakwah dan berkorban untuk dakwah.Ingat ini janji Allah, sesungguhnya Allah tidak mungkir janji.

    YDP ISMA Kelantan
    merangkap
    YDP Majlis Syura Isma Malaysia

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net