Pengerusi I-Medik Kelantan 2013/14
Ibadah Korban Dan Kesihatan
Pengerusi I-Medik Kelantan 2013/14
Kesan liberalisasi ke atas gerakan dan fikrah Islam di Malaysia

Pemikiran liberal adalah ideologi Barat yang meresap ke dalam kehidupan manusia secara halus tanpa disedari tetapi terancang . Pada awalnya menjurus kepada globalisasi ekonomi sejagat dengan agenda utamanya perdagangan bebas. Dicanang sebaik mungkin kepentingan globalisasi ekonomi dunia demi perdagangan yang adil dan menguntungkan.
Ust Sharipudin Ab Kadir
YDP ISMA Kelantan
Pengerusi Majlis Syuro ISMA
ISMA Dan Politik

Kebanyakan NGO Islam di Malaysia samaada kewujudannya secara rasmi iaitu berdaftar atau secara tidak rasmi biasanya tidak ada sebarang pendirian politik tanah air secara rasmi atau akan bersama-sama dengan mana-mana parti politik Islam dalam menentukan pendirian politik mereka. Hampir tiada kedengaran NGO Islam di Malaysia nyatakan pendirian politik mereka secara bersendirian. Kalau bersendirian pun masih dalam lingkungan pakatan bersama dengan parti-parti yang ada.
ISMA meletakan pendirian yang jelas tentang politik. ISMA bukannya parti politik tetapi politik adalah sebahagian dari medan dakwah untuk menyampaikan risalah Islam. Pendekatan politik ISMA bukannya politik kepartian yang utamakan proses pilihanraya semata-mata tetapi politik ISMA adalah politik untuk mendaulatkan Islam melalui proses pembinaan yang jelas dan melalui marhalah-marhalah yang tersusun dan rapi. Pilihanraya adalah salah satu dari wasilah untuk menyampaikan Islam . Pendekatan politik ISMA melalui kefahaman yang jelas , iman yang mendalam dan amal yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al Banna dalam menyatakan misi dakwah ikhwan.
Melayu Sepakat Islam Berdaulat merupakan misi jangka panjang dan berterusan. Bukan misi ikut penggal pilihanraya atau bermusim mengikut keperluan semasa yang berbentuk sementara. Tetapi ianya merupakan misi yang yang lahir dari pemahaman yang jelas dari fikrah yang di bawa.Misi yang lahir dari proses tarbawi yang tidak memisahkan antara tarbiah dan politik.
Islam din wa daulah yang merangkumi keseluruhan aspek hidup dan keperluan manusia. ISMA bukan utamakan politik dengan mengenepikan tarbiah tetapi pendirian politik hasil dari pemahaman tarbiah yang jelas. Seruan Al Banna dalam Muktamar Khamis menyeru kepada perpaduan Arab demi menjaga kedaulatan Islam, begitu juga ISMA menyeru kepada perpaduan Melayu demi menjaga kedaulatan Islam di nusantara.
Seruan Al Banna untuk menyatukan Arab telah melalui tempoh hampir 100 tahun dan akan berterusan sehingga tercapai kedaulatan Islam, begitu juga seruan ISMA untuk menyatukan Melayu akan bergema sehingga tercapai kedaulatan Islam.
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
YDP ISMA Kelantan
Merangkap
Pengerusi Majlis Syura ISMA
Bacalah Nota Saya
- Siapa Tuhannya?
- Siapa Nabinya?
- Siapa dirinya?
Bangsa Melayu Di Atas Papan Catur
Eid Sa'iid 1432H
Kami juga mengharapkan amalan-amalan yang telah dilatih sepanjang ramadhan dapat diteruskan sehingga bertemu Allah.
Media ISMA Kelantan
Dakwah bukan untuk mendapat habuan dunia
Seorang pendakwah itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut perintah Allah Taala. Tugas dakwah ini lebih mulia dan amat payah jika dibandingkan dengan jawatan lain di dunia. Tiada satu jawatan pun atas muka bumi ini yang terpikul segala bebanan dan kesusahan melainkan dakwah. Dakwah itu bukan sahaja menuntut pengorbanan jiwa dan harta, bahkan terpaksa berjauhan dengan keluarga dan negara. Ia tidak mampu dibalas dengan dunia.
Para anbiya’ berpegang teguh dengan prinsip ini sepertimana kata mereka dalam Surah al-Ana`am: Ayat 90.
Maksudnya: “Aku tidak meminta imbalan kepadamu dalam menyampaikan (al-Quran)”.
Rasulullah s.a.w diperintahkan supaya beriltizam dengan manhaj ini. Ketika penduduk Mekah menolak dakwah Nabi s.a.w, turun ayat bertanyakan sebab penolakan mereka sepertimana firman Allah dalam Surah al-Tur: Ayat 40 yang bermaksud:
Maksudnya: “Ataukah engkau (Muhammad) meminta imbalan kepada mereka sehingga mereka dibebani hutang?”
Ketahuilah bahawa seseorang yang mencari habuan dunia tidak akan melakukan sesuatu perkara melainkan untuk memperoleh ganjaran dan habuan dunia. Demikianlah kisah tukang sihir dengan Nabi Musa di mana jelas terbukti ketika mana mereka berkata kepada Firaun di dalam Surah al-Su`ara’: Ayat 42.
Maksudnya: “Apakah kami benar-benar akan mendapat imbalan yang besar jika kami menang?”
Kemudian Firaun membenarkan mereka dengan katanya:
Maksudnya: “Ya, dan bahkan kamu pasti akan mendapat kedudukan yang dekat (kepadaku)”.
Setelah iman terpahat dalam jiwa dan sanubari mereka, mereka tidak meninggalkan untuk mendapatkan ganjaran bahkan kata mereka kepadanya:
Maksudnya: “Maka putuskanlah yang hendak engkau putuskan. Sesungguhnya engkau hanya dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini.” (Surah Toha : ayat 72)
Bentuk-bentuk habuan atau ganjaran yang perlu dijauhi oleh dai`e.
Habuan atau ganjaran ini bukan semata-mata berkisar berkaitan harta bahkan ia merangkumi setiap manfaat yang diterima hasil daripada dakwah. Sayugia seorang pendakwah tidak ternanti-nanti atau mengharapkan ucapan penghargaan atau terkenal.
Terdapat beberapa faedah dan hukum berkaitan tidak menuntut ganjaran ini:
Pertama: Sesetengah manusia beranggapan bahawa seseorang pendakwah itu memang telah ditentukan bahawa dakwah yang dijalankan tersebut menghubungkannya dengan rezeki dan harta. Barangkali seseorang pendakwah itu bertujuan untuk mengalihkan pandangan manusia supaya mereka mendapat manfaat daripada dakwah yang disampaikan terutama sekali sebahagian besar para daie terdiri daripada orang yang miskin.
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Hud: Ayat 29.
Maksudnya: “Dan wahai kaumku! Aku tidak meminta harta kepada kamu (sebagai imbalan) atas seruanku. Imbalanku hanyalah dari Allah.”
Imam al-Razi berkata: Ayat ini menjelaskan bahawa seolah-olah Nabi s.a.w berkata kepada mereka: “Sesungguhnya jika kamu semua mengharapkan sesuatu yang zahir dan pasti maka ketahuilah bahwa kamu akan mendapatiku miskin, dan jika kamu menyangka kesibukanku menyampaikan dakwah ini untuk mendapatkan harta-harta kamu sekalian, maka yakinlah bahawa sangkaan kamu itu salah, sesungguhnya aku tidak menyampaikan risalah ini untuk mendapatkan sebarang ganjaran.”
Kedua: Kecenderungan bangsa dalam hal ini akan menjadikan mereka seperti ahli silap mata dan dajjal yang menghubungkan agama untuk mendapatkan dunia dan kelazatannya. Ketahuilah bahwa dakwah itu tulen dan asli yang tidak menuntut pengamalnya mengharapkan apa jua ganjaran dunia atas apa yang dilakukannya.
Ketiga: Setiap amalan yang didasari dengan sesuatu ganjaran kadang-kadang mengundang kekurangan dan kecacatan. Pengamalnya akan melaksanakannya mengikut jumlah ganjaran yang akan diperolehinya sedangkan agama Allah yang mulia ini tidak dihubungkan dengan ganjaran dunia tersebut tetapi ia mesti bertunjangkan keikhlasan.
Keempat: Sesuatu amalan yang ada ganjaran dunia sebenarnya terkesan dengan pemberi ganjaran. Keinginan untuk memberikan apa jua ganjaran bersandarkan amal yang dikerjakan. Oleh kerana itu ramai di kalangan manusia apabila berhadapan dengan tekanan untuk mendapatkan habuan dunia sanggup mengubah atau meminda semata-mata untuk mengejarnya sedangkan para nabi dan daie yang soleh tetap teguh dan thabat atas petunjuk dan jalan dakwah yang tetap tanpa berubah.
Kelima: Seandainya seseorang pendakwah itu dikenali oleh masyarakat sebagai orang yang tidak mengharapkan ganjaran dunia maka ianya membuktikan kebenaran pendakwah dan mampu menarik manusia atas dakwah yang dijalankan tersebut. Oleh sebab itu, dakwah Nabi s.a.w cukup memberi kesan yang mendalam kepada pengikutnya.
Imam al-Hasan al-Basri berkata: “Kemuliaan kamu di sisi manusia akan kekal selama mana kamu tidak berhajatkan sesuatupun pada mereka, jika kamu melakukannya maka ketahuilah mereka akan merendahkan kamu, benci apa yang kamu sampaikan bahkan memusuhimu.”
Daripada tanda seorang pendakwah itu tidak berhajat atau mengharapkan kekayaan dari imbalan manusia ialah dia memiliki hasil pendapatan sendiri sama ada melalui perniagaan, pertanian, bekerja sendiri atau pertukangan. Ayyub As-Sakhtayani berkata kepada teman-temannya: “Sentiasalah kamu di pasar (untuk tujuan berniaga) kerana sesungguhnya orang yang sihat itu bila memiliki kekayaan (cukup rezeki)”.
Para sahabat Rasulullah SAW dan salafussoleh amat-amat tidak memerlukan bantuan dan imbalan dari manusia. Ini kerana, mereka sudah ada sumber rezeki sendiri dan sentiasa bersifat dengan sifat Qanaah (berpada dengan pemberian Allah). Tetapi sumber rezeki yang ada pada sang da’ie tadi tidak membawa kepada sifat tamak atau menghabiskan sisa-sisa umur untuk mengumpul harta dan kekayaan.
Kadang-kadang seorang daie itu mudah diterima oleh masyarakat sehinggakan terpancar kasih dan sayang mereka kepadanya melalui pemberian, hubungan yang erat, memberi bantuan mahupun perkhidmatan serta menerima ajakannya. Seorang daie yang leka dengan menerima habuan ini boleh jadi akan mengaibkan dakwahnya di sisi masyarakat, bahkan ia boleh menyebabkan perjalanan dakwahnya terjejas dan mengundang fitnah terhadap keperibadiannya. Maka jadilah pendakwah tadi buruk cara dan tercela perjalanan hidupnya.
Para da’ie yang jujur dan benar di jalan dakwah, akan sentiasa menyumbang bukan mengharap imbalan. Mereka adalah yang paling banyak memberi dan memiliki jiwa yang besar serta mempunyai maruah (harga diri). Maruah atau harga diri ini merupakan salah satu ciri-ciri syaksiah islamiah dan inti keseqahan manusia pada seorang da’ie.
Imam Mawardi menyatakan: “Maruah adalah perhiasan diri dan al-himmah (keazaman dan cita-cita tinggi)”. Sifat ‘al-muruah’ (menjaga harga diri) tidak akan ada melainkan jika ada sifat ‘iffah, kesucian dan memelihara diri. Sifat ‘iffah ialah dengan menjauhi perkara yang haram dan dosa, manakala sifat suci bersih pula dengan menjauhi ketamakan diri dan terlibat dalam perkara yang meragukan sedangkan sifat memelihara diri ialah dengan menjaga diri dari memikul (mengharap) ganjaran atau pemberian dari manusia serta membebaskan diri dari meminta pertolongan dengan makhluk.
Kata Imam Mawardi: “Orang yang berhajat atau berharap sesuatu dari manusia lain, setiap dari mereka dianiaya haknya, mendapat kehinaan dan menjadi bebanan pada orang lain.”
Adapun jika seorang daie itu mengajar, menjadi imam atau menyampaikan khutbah dan dia memperolehi pendapatan dari kerja tersebut, maka ia dibenarkan syarak untuk mendapatkan imbuhannya atas sebab pekerjaan atau profesion tadi. Termasuk juga dalam urusan tanggungjawab kepimpinan umum (contohnya sebagai pegawai @ penjawat awam kerajaan atau mana-mana institusi dan jabatan) dan memegang jawatan perundangan (seperti bekerja sebagai hakim, kadi, peguam) atau yang sepertinya, maka pendakwah tadi berhak mendapat ganjaran dari kerja (profesion) tersebut dan tidak dicela.
Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Naib YDP ISMA Seremban
Blog:
Tazkirah untuk generasi baru
Alhamdulillah, ramai anak buah kita telah mula berada di awal alam pekerjaan. Ada yang sudah mendapat kerja, ada yang belum . Dapat kerja dapat gaji. Apa seterusnya. Aku perlu kenderaan, perlu rumah. Kenderaan yang macamana, second hand, baru. Apa pula jenama. Inilah antara perkiraan dikalangan mereka.Biasanya nak kenderaan yang baik-baik. Baru dan berjenama. Tengok tu ramai mas`ul atau mas`ulah pakai kereta baru. Ada rumah baru. Nak ikut macam mereka.
Sebelum bertindak cuba teliti beberapa kisah benar berikut sebagai tazkirah tanpa menyebut nama sebenar mereka. Maklumat umum, biasanya mas`ul atau mas`ulah telah bekerja antara 15 hingga 25 tahun. Dah berapa buah motor kapcai yang mereka naik sebelum sampai ketahap sekarang tetapi masih thabat dalam dakwah dan Alhamdulillah Allah curahkan rezeki yang murah kerana pengorbanan mereka kepada dakwah. Sudah berapa buah kereta buruk yang mereka pandu. Kereta bocor sana-sini. Wiper tercabut semasa hujan ketika bersama keluarga.Aircond tak ada langsung. Ada kereta milik ikhwah tak ada ignition ( dah rosak), kalau nak start kena sambung wayar dulu. Kemudian letak starring betul-betul kerana selalu tercabut. Lepas tu baru boleh jalan. Ada kereta ikhwah kena bawa bekas untuk tadah hujan nanti basah penumpang.Ada yang diperjalanan tercabut wiper semasa hujan lebat. Dan banyak cerita lagi, cukup setakat ini dibuat sebagai contoh. Mesej utama tajuk ini ialah supaya adik-adik kita janganlah menjadikan isu ini menyebabkan mereka tertinggal dalam dakwah. Mereka dapat gaji dihabiskan untuk tunaikan tuntutan hidup yang melebihi pendapatan mereka. Payah nak pergi dakwah nak berjimat kerana nak bayar ansuran kereta. Susah nak infak. Semuanya kerana nak jimatkan belanja.
Untuk itu marilah sama-sama kita berhati-hati supaya dakwah kita terus berjalan dengan baik dan kita bersama dengan dakwah. Boleh memiliki kenderaan atau rumah tetapi biarlah bersederhana. Insya Allah rezeki untuk antum akan bertambah jika antum bersama dengan dakwah dan berkorban untuk dakwah.Ingat ini janji Allah, sesungguhnya Allah tidak mungkir janji.
YDP ISMA Kelantan
merangkap
YDP Majlis Syura Isma Malaysia
Israel sambut 63 Tahun kelahirannya dengan penuh gementar
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.
Holocaust.
Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin. Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.
Kelemahan Liga Negara Arab
Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin
Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.
Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
63 tahun An Nakbah
Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.
Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa
Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 63 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.
Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
Sambutan 63 Tahun kelahiran Israel
Hari Ahad ini, 15 hb Mei 2011 adalah tahun ke 63 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.
Sebenarnya banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita akhiri era sombong mereka itu.
1-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan perkembangan di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan Hamas-Fatah dan fraksi Palestin yang lain.
2-Tumbangnya Mubarak dan persetujuan Kerajaan Semestara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara kekal.
3-Kesediaan barisan pemuda di Bumi Anbiya melancarkan Intiadah ke 3 dengan pempuran yang lebih dahsyat.
4-Berkurangannya kedatangan pendatang Yahudi ke Palestin. malahan lebih 700 ribu Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 9 tahun yan lalu
5-Generasi muda Israel tidak beriman dan tidak berminat denan agenda Zionis apatah lagi berjuang untuknya.
6-Pertambahan penduduk Palestin di Gaza, West Bank & Palestine-1948 jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi. Ini merupakan projek bom demografi yang menakutkan zionis untuk angka masa panjang
7-Ekonomi Israel semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini.
8-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Dan sebenarnya banyak lagi petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis bakal berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini. Pastikan bahawa anda tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.
Kita berjumpa di Al Aqsa nanti
Sumber: Blog Dr. Zainurrashid
