Namun, sejarah perjalanan hidup saya bukan seperti yang dikatakan ‘melayu’. Alhamdulillah, bergelar seorang graduan perubatan mampu menangkis sangkaan anak melayu terkebelakang pelajarannya. Memang betul, saya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, yang mana pembangunannya agak terkebelakang berbanding dengan negeri-negeri di Pantai Barat, tetapi, sifat jati diri yang saya ada menyebabkan saya tidak mengalah untuk terus bangkit dan berusaha mencapai impian saya. ‘Ala kulli hal, syukur pada Allah kerana semuanya itu adalah anugerah Allah untuk saya.
Dan lagi-lagi saya bersyukur kerana saya merupakan aktivis kepada sebuah NGO Islam yang memperjuangkan bangsa Melayu, di atas slogan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’. NGO yang saya maksudkan itu adalah Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA). Tahniah untuk ISMA kerana mampu dan berani memperjuangkan kehebatan bangsa Melayu dan sekaligus mampu mengorek jatidiri dan potensi jiwa anak melayu yang sememangnya hebat dan penuh keberanian.
Insya Allah, saya akan terus memperjuangkan bangsa Melayu dan terus mencintai bangsa ini sehingga akhir hayat saya. Buat zuriat saya, penerus perjuangan Mama dan Papa, saksikanlah perjuangan ini adalah berlandaskan kepada kebenaran di atas beberapa dalil
1. Dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 34, “sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina....”.
Mengapa begitu? Hal ini disebabkan manusia mempunyai watak yang mengutamakan etniknya. Watak ini adalah sifat yang dibawa dan tidak dapat dipisahkan daripada dirinya. Dia lebih cenderung kepada orang yang mempunyai latar belakang yang sama dan mudah curiga pada orang yang tidak jelas asal-usulnya dan yang tidak sama ideology dengannya (99Q Kecerdasan Berasaskan AsmaUl Husna:Sulaiman Al-Kumayi.PTS Publication 2009)
2. Malaikat yang membantah manusia diciptakan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini adalah salah satu bukti menunjukkan para malaikat pun turut terjebak dengan semangat mengutamakan etniknya. Allah membantah bantahan ini secara halus, sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah, ayat 30 “...sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. ” (99Q Kecerdasan Berasaskan AsmaUl Husna:Sulaiman Al-Kumayi.PTS Publication 2009)
3. Jika patriotism yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotism ialah cintakan tanah air, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya,perasaan ini sememangnya sedia tertanam dalam fitrah manusia dan bertepatan dengan fitrah Islam. Bilal, walaupun beliau telah mengorbankan segala-galanya demi akidah dan agamanya, Bilal ini jugalah yang telah meluahkan rasa rindunya terhadap mekah ketika berada di Madinah Dar al-Hijrah. (Risalah Taalim)
Namun, saya harus bersederhana dalam memperjuangkan isu bangsa Melayu. Kerana baginda Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :
“ Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam dari tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan KETAQWAAN”.
Saya memperjuangkan bangsa melayu supaya bangsa ini bersatu dan natijahnya dakwah Islamiah akan tersebar dan sekaligus mendaulatkan Islam di bumi Nusantara ini.
Allahu Akbar Walillahil Hamd!
Aktivis ISMA
Dilulus terbit oleh
Media ISMA Kelantan
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment