.

Adakah salah menyuruh orang Melayu sembahyang dan berakhlak mulia?

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Saban hari kita mendengar pelbagai perumpamaan atau peribahasa yang menggambarkan keburukan bangsa Melayu. Antaranya janji Melayu,waktu Melayu, budak Melayu, niaga Melayu dan berbagai perumpamaan lagi. Ianya seolah-olah menggambarkan bangsa Melayu buruk dalam semua sifat dan perilaku walaupun ianya tidak melibatkan semua bangsa Melayu tetapi ianya menjadi perumpamaan yang popular dan dipertuturkan oleh kebanyakan orang.

    Amat malang ianya menjadi perbualan dikalangan orang Melayu sendiri, seolah-olah orang Melayu memburukkan bangsanya sendiri.Adakah bangsa Melayu jijik dan tidak bertamaddun dari dulu hingga sekarang.Apakah kesudahan dengan bangsa Melayu. Walaupun gambaran sebenar tidaklah seburuk sebagaimana yang diperkatakan. Akhirnya apakah kesudahannya.Menyerah dengan suasana yang ada tanpa ada sebarang pembelaan dan pemulihan. Fakta sejarah silam membuktikan bangsa Melayu pernah cemerlang, gemilang dan terbilang.Bangsa Melayu memerintah Kepulauan Nusantara. Kesultanan Islam Melayu Melaka pernah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang. Kerajaan Islam Melayu Melaka pernah mengendalikan 2000 buah kapal dagang sehari di pelabuhannya sebagaimana kerajaan Singapura sekarang ini. Bangsa Melayu dulu pernah menguasai 84 bahasa di zaman kegemilangan Kesultanan Islam Melayu Melaka.Banyak lagi...dan banyak lagi.

    Persoalan penting ingin diutarakan kali ini ialah, adakah salah untuk mana-mana individu atau NGO yang ingin membina semula bangsa Melayu kembali kepada kegemilangan berpandukan Islam sedangkan kegemilangan dulu adalah kerana ajaran agamanya. Mereka mendakwa NGO ini telah menghidupkan semula asobiah jahiliah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Adakah dikira sebagai asobiah jahiliyah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. apabila kita ingin bangunkan bangsa Melayu dengan menghayati akhlak Islam.Kita tidak menyekat bangsa lain untuk menganut dan menghayati Islam bahkan menyeru mereka kepada Islam. Mereka juga adalah saudara kita dalam Islam kerana persaudaraan kita tanpa mengira bangsa, warna dan kulit.

    Adakah dikira asobiah jahiliah jika kita menyeru bangsa Melayu kembali menunaikan tuntutan agama, amanah dalam berniaga, menepati janji dan berakhlak mulia.Atau dalam bahasa orang kampung adakah salah kita mengajak orang Melayu tunaikan sembahyang.

    YDP ISMA KELANTAN
    merangkap
    YDP MAJLIS SYURA ISMA MALAYSIA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net