.

Berakhirnya Sebuah Penantian

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:


  • Ustazah Wan Norazihah binti Wan Ibrahim sedang memangku anak sulungnya

    Kota Bharu 26 Sept:- Tahniah diucapkan kepada ustaz Mohd Sallehuddin bin Mahmud dan isteri ustazah Wan Norazihah binti Wan Ibrahim atas kelahiran sulung mereka di hospital USM Kubang Kerian. Bayi perempuan sulung seberat 3 kilogram mereka itu selamat dilahirkan pada jam 12.05 minit pagi tadi melalui proses pembedahan. Isteri beliau "Kak Wan" kini masih lagi berehat di wad 2 Topaz HUSM.

    Ustaz Mohd Sallehuddin ketika dihubungi wartawan media ISMA Kelantan kedengaran begitu ceria di atas kelahiran ini. Ketika ditanya apa perasaan beliau. beliau melahirkan rasa amat bersyukur kepada Allah di atas nikmat ini kerana tidak menjangkakan hadiah yang amat bermakna ini setelah menunggu selama 13 tahun. Moga anak yang dilahirkan ini menjadi pewaris Deen, dan dakwah ini serta penyejuk mata kepada kedua ibu bapanya hingga ke syurga insyaAllah.



    Buurika laka fil mauhub, wasyakartal waahib, warizqokuma birriha, wa balagha asyuddaha insyaAllah.

    Media ISMA Kelantan

    Nota: Ustaz Mohd Sallehuddin dan isteri adalah merupakan pendokong dakwah ISMA di bumi Kenyalang. Beliau dan isteri memilih untuk bersalin di bumi barakah serambi Mekah ini kerana isterinya berasal dari Besut, Terengganu.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net