.

Strategi Merubah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Putrajaya 6 Mac - Ustaz Anuar Salleh Yang Di Pertua ISMA DHL telah dijemput khas untuk menyampaikan slot pembentangan seperti tajuk di atas. Beliau yang lebih selesa membuat pembentangan berdasarkan kepada pengalaman sebagai agen ETIQA berjaya menarik minat peserta dari kalangan asatizah ISMA dari seluruh kawasan.

    Antara peserta yang hadir dari kalangan Asatizah ISMA seluruh negara


    Walaupun keadaan suasana petang yang tidak berapa selesa kerana peralihan waktu, tetapi kecekalan hati dan jenaka serta tawaran akhirat yang diaplikasikan dari perniagaan yang beliau ceburi membuatkan semua asatizah ISMA jauh tenggelam di alam motivasi yang begitu menarik.

    Asatizah ISMA Kelantan yang turut mengambil bahagian di dalam slot ini kekadang terkasima seketika pada slot-slot pembentangan strategi untuk melonjakkan perubahan diri ahli ISMA itu sendiri. Perancangan-perancangan yang bermula dengan objektif individu itu membuatkan semua yang hadir seolah-olah berada di alam lain. Inilah yang dinamakan perubahan minda yang dibentangkan secara santai oleh Ustaz Anuar.

    Beberapa aktiviti lama... Gerak kerja lama yang dulu-dulu, dibentangkan sebagai persoalan adakah asatizah ISMA mampu untuk bergerak ke arah aktiviti baru yang berbentuk berubah dari satu bentuk aktiviti ke satu bentuk aktiviti yang berteraskan kepada objektif yang telah digariskan oleh ISMA Pusat.

    Turut ditekankan tazkirah dan sentuhan serta pelan pembangunan diri sebagai pra syarat untuk mengubah masyarakat atau dalam kata lain, ubah diri dahulu baru ubah masyarakat. Penekanan kepada pemahaman terjemahan ayat tidak sama cara hidup ahli syurga dengan cara hidup ahli neraka. Sebagai contoh, bagaimana kehidupan ahli syurga dari kalangan sahabat yang bermula dengan Abu Bakar, Umar, Uthman dan seterusnya.

    Perkara yang paling penting dalam strategi perubahan ialah peri pentingnya KEMAHUAN tetapi pada masa yang sama mempunyai rasa takut dan harap.

    Moga pembentangan yang penuh padat ini akan menjadi petunjuk jalan kepada asatizah ISMA khususnya dalam merangka dan melaksanakan strategi perubahan yang telah digariskan oleh ISMA Pusat.

    Berita ini diterbitkan ketika penceramah sedang menggunakan masa kecederaan untuk menunjukkan contoh-contoh terdekat dalam strategi merubah.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net