.

Kembara NAZIM ke Terengganu

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Jerteh, Terengganu 16 Mac -
    Nadi Asybal Wa Zahrawat (NAZIM) ISMA telah berjaya mengadakan rehlah untuk anak-anak ISMA Kelantan di Hutan Lipur Lata Belatan, Terengganu dengan bertemakan " Cergas Fizikal, Cerdas Minda".


    Seramai 16 org kanak-kanak lelaki dan 20 orang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun telah turut serta dalam program rehlah ini. Seawal pukul 8.00 pagi mereka telah berkumpul di Kota Bharu dan bertolak ke Terengganu pada pukul 9.00 pagi.

    Program ini dimulakan dengan tazkirah yang bertajuk "Kebesaran ALLAH SWT sebagai Pencipta" telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad (Imam Masjid Telipot). Kanak-kanak ini begitu teruja atas kehebatan ALLAH SWT.

    Program diteruskan lagi dengan permainan dalam air. Objektif permainan adalah bagi menguji IQ dan EQ para peseta. Diantara aktiviti yang telah dilakukan ialah "membina istana dari tanah liat, bawa air dalam sudu, tiup belon dan lumba lari dalam air. Program ini berakhir dengan solat zohor berjemaah dan makan tenghari.

    Moga anak-anak ini akan menjadi pewaris keimanan, ketaatan, kebaikan dan ketaqwaan diri kepada Allah.

    Media ISMA Kelantan

    Berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakam oleh Media ISMA Kelantan:-












    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net