.

MABIT Siri Oktober

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • PERINGAT, 15-16 Oktober – Sekali lagi, dalam mendidik masyarakat ke arah jiwa Islam hakiki ISMA cawangan Kelantan menganjurkan program Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) di Masjid Abdur Rahman bin Auf, Taman Desa Rimbunan dengan kerjasama tenaga AJK masjid tersebut untuk fasa Oktober. Pelbagai aktiviti telah diisi antaranya slot tazkirah, perkumpulan Iman, tahajud berjemaah dan kuliah subuh. Walaupun ada sesetengah ahli ISMA yang keletihan baru pulang dari pengebumian arwah ustazah Nazirah di Ajil Kuala Berang, Terengganu, mereka tetap tega untuk bersama mengikuti program ini hingga ke akhirnya. Program ini turut dihadiri oleh warga taman tersebut.

    Tazkirah di antara waktu tahajud dan solat subuh pada dinihari keesokannya telah disampaikan oleh ustaz Mohd Al-Hadi Bin Muhamad merangkap pengarah program. Beliau telah menyentuh serba sedikit tentang sebuah renungan : hakikat sebuah kematian. Realitinya, manusia hanya melihat orang lain di sekelilingnya pergi meninggalkan dunia,namun pernahkah dia menyedari bahawa dia juga akan menghadapi detik kematian? Berdepan dengan hakikat sakaratul maut, dipisahkan ruhnya dari sebuah jasad. Semua orang mahukan kebahagiaan hingga ke akhirat, tetapi malangnya kurang manusia yang menyedari bahawa amalan di dunialah yang menentukannya. Alangkah indahnya jika kita pergi dalam keadaan kita berada di jalan redha Allah.

    Tazkirah oleh Ustaz Hadi.

    Halaqah Al-Ma'thurat.


    Selepas subuh dan halaqah ma’thurat, program diteruskan dengan kuliah subuh yang disampaikan Pakcik Abdul Rahman (gambar kecil, atas sekali) yang merupakan salah seorang aktivis ISMA Kelantan melalui beberapa garapan penting antaranya;
    • Amalan dunia penentu halatuju kehidupan selepas mati,
    • Krisis umat Islam hari ini yang menjadi mainan kuffar, dan
    • Perlunya ruh Islam dihidupkan kembali dalam jiwa masyarakat.
    Program berakhir setelah para hadirin menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak AJK masjid.

    Pada waktu yang sama, Biro Wanita ISMA Kelantan turut mengadakan program MABIT yang bertempat di Gunong, Bachok. Hadirat adalah yang terdiri di kalangan ahli Wanita ISMA Kelantan, guru, pensyarah, doktor serta pelajar yang datang dari pelbagai kawasan dengan fokus utama yang menjadi tumpuan ialah penggarapan iman dan tarbiyyah di dalam diri ke arah sifat mujahidah sejati. Majlis bersurai keesokan harinya pada pukul 8.00 pagi.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net