.

Takziah Buat Saudara Nasrul Muhaimin.

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • 10 September - Dalam kesibukan menjalani ibadah Ramadhan, suatu berita dukacita menggemparkan pihak kami, mesej daripada negeri Terengganu yang menyatakan bahawa ayah kepada saudara Nasrul Muhaimin (gambar) yang juga merangkap Setiausaha ISMA Terengganu itu telah kembali ke rahmatullah.

    Lantas ungkapan “Innalillah wainna ilaihi rajiun” atau maksudnya “Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali” meniti di bibir kami. Tazkirah kematian adalah baik untuk orang-orang yang beriman. Menurut khabar yang diterima kejadian itu berlaku selang beberapa minit selepas waktu berbuka puasa iaitu pada pukul 7.20 petang di rumah allahyarham di Ipoh, Perak.


    Gambar Sekadar Hiasan

    Sesungguhnya Allah telah menarik ruhnya pada waktu yang tepat iaitu pada bulan Ramadhan yang merupakan penghulu segala bulan dan pada malam Jumaat yang merupakan penghulu segala hari.

    Teringat sabda Rasulullah S.A..W. yang bermaksud bahawa “Bagi orang berpuasa adalah dua kegembiraan iaitu gembira ketika bertemu Tuhannya dan gembira ketika berbuka puasa”, dan Allah telah memberikan kegembiraan ini sekaligus kepada Allahyarham. Ya Allah, tempatkanlah ruh ayah saudara Nasrul Muhaimin bersama golongan ruh orang-orang yang soleh dan mentaati-Mu. Sekalung AL-FATIHAH buat Allahyarham.


    Unit Media ISMA Kelantan


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net