Kursus yang bermula pada jam 9.10 minit pagi itu telah menarik minat para peserta yang datang dari pelbagai tempat.
Pembentangan tajuk "HAAZAD DEEN" yang penuh bersahaja dari ustaz Sharipudin diselang seli dengan pelbagai kisah mencuit hati membuatkan peserta tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Ust Sharipudin Ab Kadir YDP ISMA Kota Bharu
ketika bedah buku bertajuk "Haazad Deen"
Dalam kursus ini juga ustaz sharipudin turut mengingatkan kembali kepada resolusi wanita ISMA kelantan yang telah diputuskan dalam perkhemahan wanita ISMA Kelantan baru-baru ini.
Turut disentuh ialah keaktifan para suami dalam menjayakan program umum dan khusus untuk mereka, juga bersifat berlapang dada dalam menerima pendapat yang membina kebaikan dan ketaatan diri kepada Allah s.w.t. Demikian antara resolusi yang dibaca kembali sebagai peringatan untuk semua.
Dalam kursus ini juga Ustaz Sharipudin turut membentangkan muhasabah khusus dari hati ke hati kepada semua peserta yang terlibat. Persoalan program dalaman, peranan ibu bapa terhadap anak-anak dan beberapa perkara lain yang dirasakan penting. Semoga beberapa sentuhan ini dapat diambil berat oleh semua ahli ISMA Kelantan.
Unit Media ISMA Kelantan
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment