.

Kenapa Remaja?

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Saban hari, telinga dan mata ini lali dan jemu. Lali dengan masalah berulang yang sering melanda masyarakat. Jemu kerana sudah banyak pihak yang berbicara mengenai perkara ini, namun kurang dari aspek tindakan malahan ada yang hanya berdiam diri. Usah diceritakan di dada-dada akhbar. Kes-kes gejala sosial amat dominan dan seumpama mengalami kesesakan lalulintas menunggu giliran untuk disiarkan setiap hari.

    Curi, buli dan rokok - antara istilah yang sinonim dengan golongan remaja bagi masyarakat. Soalnya, apakah remaja itu pemangsa atau menjadi mangsa? Ya, jika dilihat daripada satu sudut memang benar, remaja itu boleh dianggap sebagai pemangsa kerana merekalah yang kebanyakannya memolopori kes-kes jenayah seperti rempit, peras ugut dan seumpamanya. Namun bagaimana pula jika mereka dianggap sebagai mangsa?



    Antara dua golongan remaja. Gambar sekadar hiasan.


    Mari sejenak kita menyelongkar lipatan sejarah. Apakah kita sudah lupa akan empayar-empayar Islam yang pernah menggegar dunia suatu ketika detik silam? Umawiyyah, Abbasiyah dan Usmaniah – tiga kerajaan Islam yang cukup untuk menggerunkan pihak kuffar pada zaman mereka. Masakan tidak, kerana kuatnya Islam waktu itu, hampir-hampir kuffar laknatullah lenyap di muka bumi ini.

    Salahuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh – antara produk remaja Islam yang pernah tampil menggoncangkan sejarah. Disebabkan remaja-remaja ini jugalah para kuffar menjadi lemah, membuatkan mereka berdendam untuk menghacurkan Islam. Namun mereka tahu, yakin dan percaya bahawa umat Islam tidak akan berjaya digempur dan dilemahkan melalui senjata kerana mereka sedar bahawa umat Islam memiliki senjata yang jauh lebih ampuh daripada mereka – iman dan doa.

    Lantas, mereka melancarkan serangan melalui pemikiran atau istilah arabnya ‘Ghozwatul fikri’. Dan, remaja menjadi mangsa sasaran. Sehingga kini tampaknya, perancangan mereka berjaya. Memang benar, jika diperhalusi pada pandangan minda, kita akan dapati bahawa sebenarnya pemuda atau remaja adalah tunjang berdirinya sesuatu intitusi sama ada bangsa mahupun agama. Apabila tunjang itu menjadi rapuh, yang lain juga akan menerima impaknya.

    Itulah fenomena yang terjadi ke atas umat Islam dewasa ini khususnya remaja. Oleh itu, usahlah dihairankan kenapa gejala sosial menjadi parah dalam kalangan remaja kerana mereka sebenarnya sudah terkena jerangkap samar yang sudah diatur rapi oleh musuh. Mereka sanggup menggunakan pelbagai helah dan cara untuk mencapai matlamat - menghapuskan Islam.

    Tidak dinafikan sudah banyak usaha-usaha pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah ini, namun yakin dan percayalah bahawa usaha ini tidak akan berjaya jika tidak disandarkan kepada syariat Islam. Ayuh kita sama-sama merawat derita ini. Jangan biarkan umat seperti buih-buih di lautan, banyak tetapi tidak berguna.

    Unit Media ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net