.

Gambaran Syurga

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • Syurga…  ana (saya) teringat, sebenarnya, semua kemewahan atas dunia yang dibuat dan direka. Semua perkara tersebut kemungkinan besar mereka (ahli dunia dan orang yang buat filem) ambil dari ayat-ayat syurga,  bidadarinya, istana atas bukitnya dan sebagainya.

    Pernah berlaku, seorang pembesar masuk Islam, ketika di mekah, berlaku kes dengan orang biasa, bila dibuat laporan tentang hal ini, pembesar itu lari ke arah Rom. Ketika itu juga saiyyidina Umar menghantar utusannya untuk melihat apa yang dilakukan oleh pembesar tersebut. 

    Rupa-rupanya ketika di sana, pihak raja telah memanggil pembesar tersebut untuk masuk istana, pembesar tersebut diberi  kemewahan, hidangan dan akhirnya keluarlah seorang perempuan dalam keadaan menari, dia keluar dari pintu dengan membawa minyak wangi di sebelah kanan, debu wangi sebelah kiri, dan seekor burung merpati di atas kepala, akhirnya burung merpati tersebut terbang ke sebelah kanan dan mengibas-ngibas sayapnya sehingga basah bajunya  dengan minyak wangi tersebut, dan selepas itu burung itu terbang pula sebelah kiri dan mengibas-ngibas sayapnya sehingga penuh debu dan kemudiannya terbang kearah raja tersebut, dek kerana wangi-wangian tersebut, tertidurlah raja tersebut.  Perkara ini berlaku pada zaman sayyidina Umar al-Khattab yang diceritakan oleh ayah saya 25 tahun dahulu.  

    Inilah sebenarnya gambaran syurga yang  difikirkan oleh ahli dunia dengan menterjemahkan  dalam kehidupan mereka. Sedangkan syurga itu tidak boleh dibayangkan oleh mata, tidak boleh didengari oleh telinga dan tidak boleh digambarkan oleh lintasan hati.

    YDP ISMA Kota Bharu,
    Ustaz Nik Ab. Rahim Nik Abdul Aziz

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net