Kita akan jawab

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • Kota Bharu, 14 Feb: Kesihatan yang ada, carilah amal sebanyak mungkin, agar tidak menyesal di hari kemudian, di akhirat nanti kita tak mampu untuk berhujah dihadapan Allah, malah Allah akan tanya balik umur kita, berapa umur kamu? Kita akan jawab 70 tahun atau sebagainya, maka Allah bertanya lagi, tidak sempatkah kamu untuk berfikir sepanjang hidupmu tentang hari akhirat? Inilah cerita-cerita yang perlu kita ambil iktibar nasihat Ahli Jawatankuasa ISMA Kota Bharu, ustaz Muhammad Ismail.

    Katanya lagi, di dalam ayat al-Quran, Allah bertanya, apakah Kami tidak memanjangkan umur kamu?, mengikut pendapat Ibnu Abbas, umur 60 tahun sudah dikira umur panjang, manakala pendapat kedua mengatakan , istilah umur panjang 18 tahun, pendapat ketiga mengatakan umur 40 tahun, manakala pendapat ke empat pula ialah ketika berumur baligh.


    Ana (Saya) pernah mendengar orang tua kecek (bercakap), dia kata bila umur 40 tahun, kalau masih lagi tidak berubah dengan umur seperti itu, tidak ada hari lagi untuk berubah, tidak ada masa lagi untuk berubah. Sebab itu, bermula dari sekarang, kita ada peluang lagi untuk bermuhasabah dan membaiki segala kekurangan kita.

    Menurutnya, di antara doa yang diajar Rasulullah S.A.W ialah, ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku di penghujungnya, dan sebaik-baik amalanku ialah di penghujungnya. Kenapa, kerana Rasulullah bersabda, orang yang akhir kalimahnya dekat dunia, Laa Ilaaha Illallah, masuk syurga. Ini janji Rasulullah kepada pengikut-pengikutnya.

    Beliau turut menekankan tentang umur manusia, katanya, ahli tafsir berpendapat, kalau umur bertambah panjang, maka dia adalah orang yang berhak untuk berfikir, ruangnya untuk berfikir adalah banyak.

    Katanya lagi, al-Quran yang kita baca hari ini, al-Quran inilah yang dibaca pada zaman Rasulullah S.A.W, cubalah lihat dan tengok makna-makna yang ada di dalam ayat al-Quran agar ianya memberi bekas kepada jiwa-jiwa dan perasaan kita semua.

     
    Bila turun ayat Surah An-Nasr, Rasulullah S.A.W memberitahu Aisyah isterinya, bahawa ajalnya telah hampir, Sayyidina Umar al-Khattab bertanya kepada Ibnu Abbas, apakah ayat ini menekankan agar beristighfar? Maka jawab Ibnu Abbas, tidak, tetapi ianya menandakan, saat hampirnya Rasulullah dengan kewafatan. Bermula dari turunnya ayat inilah, Rasulullah S.A.W akan memuji Allah dan memohon keampunan kepadaNya di dalam rukuk dan sujudnya.

    Bila cukup tempoh 60 tahun, Allah tidak akan beri ruang untuk berhujah dihadapanNya, kerana rahsia akan berlakunya kiamat telah dibongkar oleh Allah keseluruhannya. Tidak ada seorang doktor pun yang boleh mengkhabarkan tentang saat kematian kita ujar ustaz Muhammad semasa mengakhiri kuliah maghrib tersebut..

    Kuliah maghrib yang berlangsung di masjid mukim Lundang itu dihadiri oleh kira-kira 50 ahli jemaah dari kalangan penduduk setempat.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net