NAZIM Kelantan Tempat Ketiga

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Kubang Kerian, 24 Nov: Kejayaan Kelab Anak-Anak Hebat atau ringkasnya (NAZIM) Kelantan beraksi dengan mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan azan dan nasyid di Istana Negeri bersempena Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) mengejutkan semua pihak.

    Siapa sangka, anak-anak kecil yang berentap gagah dengan peserta remaja mampu memainkan peranannya tanpa rasa gentar, bahkan telah menampilkan satu persembahan yang cukup hebat dengan lagunya bertajuk PEMUDA.


    Menurut Ustazah Rafeah selaku pengarah NAZIM Kelantan, keterlibatan NAZIM di dalam pertandingan ini adalah salah satu cara untuk mengetengahkan bakat anak didik ISMA dilapangan terbuka agar mereka mampu menghadapi cabaran di hari mendatang.

    Semoga anak-anak NAZIM akan menjadi anak yang soleh dan penyejuk mata kepada ibu bapa mereka hingga ke syurga.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net