.

NAZIM Latih Si Cilik Di Kem Al-Fateh

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Sekali lagi kelab anak-anak hebat Malaysia (NAZIM) cawangan Kota Bharu telah berjaya menghimpunkan si cilik kecil dari umur enam tahun hingga dua belas tahun di Gelora Beach Resort, Bachok.

    Kem Al-Fateh anjuran NAZIM cawangan Kota Bharu yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini pada 22-24 November lepas telah dihadiri oleh sembilan puluh orang peserta lelaki dan perempuan dari pelbagai tempat.


    Pelbagai aktiviti menarik berbentuk dalaman dan luaran diketengahkan dan melibatkan kesemua peserta tanpa berkecuali. 

    Adik Nuwairah binti Nur Faizul 6 berkata, saya rasa seronok sangat dapat berjumpa dengan anak-anak kawan-kawan abi saya di sini.

    Kem Al-Fateh adalah merupakan program tahunan di bawah kelolaan NAZIM untuk menghidupkan ruh keislaman dan jatidiri di dalam diri anak-anak, sesuai dengan umur mereka, secara besar besaran di peringkat negeri Kelantan khususnya tegas Norhaizan Ghazali, salah seorang ahli jawatankuasa kem tersebut.

    Manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Karim Mohamed, ahli jawatankuasa tarbiyah ISMA Kelantan yang mengingatkan anak-anak NAZIM agar bercinta dengan masjid, menjaga solat, membaca al-Quran dan berhubungan baik dengan ibu bapa.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA


    Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera wartawan Media ISMA










    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net