.

ISMA Dan Politik

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:


  • Kebelakangan ini kedengaran ada yang mengatakan ISMA telah cenderung kepada politik, tidak sebagaimana sebelumnya ISMA amat menekankan kepada permasalahan tarbiah. Seolah-olahnya tarbiah kurang diberi penekanan. Ianya berpunca daripada slogan ISMA Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Salah tanggapan ini mungkin berpunca daripada kebiasaan NGO Islam di Malaysia tidak akan lakarkan sebarang pendirian politik sebagaimana yang dilakukan ISMA.

    Kebanyakan NGO Islam di Malaysia samaada kewujudannya secara rasmi iaitu berdaftar atau secara tidak rasmi biasanya tidak ada sebarang pendirian politik tanah air secara rasmi atau akan bersama-sama dengan mana-mana parti politik Islam dalam menentukan pendirian politik mereka. Hampir tiada kedengaran NGO Islam di Malaysia nyatakan pendirian politik mereka secara bersendirian. Kalau bersendirian pun masih dalam lingkungan pakatan bersama dengan parti-parti yang ada.


    ISMA meletakan pendirian yang jelas tentang politik. ISMA bukannya parti politik tetapi politik adalah sebahagian dari medan dakwah untuk menyampaikan risalah Islam. Pendekatan politik ISMA bukannya politik kepartian yang utamakan proses pilihanraya semata-mata tetapi politik ISMA adalah politik untuk mendaulatkan Islam melalui proses pembinaan yang jelas dan melalui marhalah-marhalah yang tersusun dan rapi. Pilihanraya adalah salah satu dari wasilah untuk menyampaikan Islam . Pendekatan politik ISMA melalui kefahaman yang jelas , iman yang mendalam dan amal yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al Banna dalam menyatakan misi dakwah ikhwan.


    Melayu Sepakat Islam Berdaulat merupakan misi jangka panjang dan berterusan. Bukan misi ikut penggal pilihanraya atau bermusim mengikut keperluan semasa yang berbentuk sementara. Tetapi ianya merupakan misi yang yang lahir dari pemahaman yang jelas dari fikrah yang di bawa.Misi yang lahir dari proses tarbawi yang tidak memisahkan antara tarbiah dan politik.


    Islam din wa daulah yang merangkumi keseluruhan aspek hidup dan keperluan manusia. ISMA bukan utamakan politik dengan mengenepikan tarbiah tetapi pendirian politik hasil dari pemahaman tarbiah yang jelas. Seruan Al Banna dalam Muktamar Khamis menyeru kepada perpaduan Arab demi menjaga kedaulatan Islam, begitu juga ISMA menyeru kepada perpaduan Melayu demi menjaga kedaulatan Islam di nusantara.


    Seruan Al Banna untuk menyatukan Arab telah melalui tempoh hampir 100 tahun dan akan berterusan sehingga tercapai kedaulatan Islam, begitu juga seruan ISMA untuk menyatukan Melayu akan bergema sehingga tercapai kedaulatan Islam.


    Ustaz Sharipudin Ab Kadir

    YDP ISMA Kelantan

    Merangkap

    Pengerusi Majlis Syura ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net