.

Semangat Luar Biasa NAZIM Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • KOTA BHARU: Keruntuhan akhlak dikalangan remaja zaman sekarang yang semakin meruncing perlu dipandang serius oleh semua pihak, tegas Ustazah Rafiah bt Haji Ramli selaku Pengerusi Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) Kelantan.


    Beliau berkata demikian ketika ditemubual semasa menghadiri Majlis Ihtifal Masjid Bandar dan Jajahan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012 yang berlangsung di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail baru-baru ini.


    Inisiatif yang telah diambil oleh pihak Majlis Agama Islam Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) perlu dicontohi kerana usaha mendekatkan remaja dan juga kanak-kanak dengan masjid adalah salah satu usaha mulia yang patut diteruskan, Selain itu, kaedah pendekatannya juga perlu dipertingkatkan lagi agar sentiasa sesuai dengan jiwa remaja supaya agama Islam yang indah dan mudah mampu sampai kepada mereka, kata beliau.


    Pihak ahli jawatankuasa masjid juga perlulah sama-sama turun padang bermain dengan belia remaja dan bersama-sama memeriahkan lagi aktiviti anjuran masjid yang dianjurkan untuk mereka. Dengan ini ia akan dapat mengelakkan adanya jurang di antara golongan tua dan golongan muda, Untuk itu, pihak MAIK dicadangkan agar membuat pemantauan dan bimbingan dari semasa ke semasa terhadap hasil usaha yang telah di laksanakan, Sudah tentu kerja besar seperti ini memerlukan kerjasama dan kesabaran yang tinggi dengan masa yang bukan sebentar untuk melihat hasilnya, ujar beliau.


    Dalam pertandingan tersebut, NAZIM Kelantan telah mewakili Masjid Kampung Sireh bagi acara nasyid. Walaupun peserta dari NAZIM ini agak kecil berbanding peserta lain tetapi semangat luar biasa yang ditunjukkan semasa mengalunkan nasyid oleh NAZIM Kelantan telah mendapat tepukan gemuruh dari para penonton kerana tertarik dengan kehebatan peserta NAZIM.


    Disediakan Oleh,

    Norhaizan Razali

    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net