.

KRIM Tangani Masalah Remaja

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • KOTA BHARU 10 Apr: Peranan ISMA untuk remaja, menubuhkan KRIM, melaksanakan program umum seperti program selamatkan ummah, seterusnya mengajak remaja untuk bersama-sama di dalam Briged KRIM bagi merealisasikan hasrat ISMA bagi membina generasi harapan dan membangun umat beragenda kata Abdul Rahim Osman 31, pengerusi KRIM Kelantan.

    Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh pelajar ijazah sarjana muda Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) saudari Ramizah Bt Ahmad Nordin 24, di sini hari ini.

    Menurut Ramizah, kajian Pendekatan dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kepada golongan remaja di Kelantan ini dibuat untuk melihat sejauh mana permasalahan sosial remaja ditangani oleh KRIM di kelantan.


    Ketika ditanya wartawan apakah yang akan dilakukan hasil dari penyelidikan ini? beliau menjawab dengan penuh semangat bahawa beliau akan turut sama membantu remaja khususnya di kelantan untuk merungkai permasalahan mereka.

    Turut bersama di dalam penyelidikan ini ialah suami beliau Mohd Faisal Bin Md Fauzi 24, saya tak tahu tentang ISMA asalnya, tetapi banyak mengetahui tentang ISMA melalui perbualan harian dengan isteri. Dari itu saya banyak menunjuk cara untuk membuat soalan, penyelidikan, pemilihan bahan kajian dan sebagainya kepada isteri, katanya.


    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net