Tahniah Kepada Graduan Diploma Perguruan KPLI KDC SABK MEN (ISMA)

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu, 12 Julai; Sekalung tahniah buat para pendokong dakwah ISMA Kelantan yang telah berjaya menamatkan kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI-KDC-SABK-MEN) yang dilalui sejak bulan November 09 sehingga Jun 11 di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB).

    Ucapan ini ditujukan kepada Ustaz Saiful Jihadi Yusof, Ustaz Sofi Abd Aziz dan juga Ustaz Mohd Al-Hadi Muhamad.

    Kesemua pendokong dakwah ISMA Kelantan ini telah mendapat pangkat kepujian di dalam peperiksaan akhir semester pada bulan Jun yang lepas.


    Gambar berdiri belakang sekali dari kiri nombor 2 ustaz Hadi, ustaz Saiful
    dan berdiri pada barisan kedua no 3 dari kiri ustaz sofi.

    Ustaz Saiful Jihadi ketika ditanya oleh pihak Media ISMA Kelantan tentang apakah perasaan beliau setelah mengetahui keputusan ini berkata;

    Alhamdulillah, inilah kurniaan rahmat kasih sayang Allah untuk menguji diri saya samaada tergolong di dalam golongan orang yang bersyukur ataupun tidak. Juga menyampaikan rasa terima kasih tidak terhingga buat semua pensyarah di IPGKKB, rakan-rakan dakwah ISMA, keluarga dan juga rakan-rakan sepengajian yang banyak memberi dorongan semangat dan bantuan keilmuan ketika saya mendalami ilmu perguruan di IPGKKB. Saya juga mewakili rakan-rakan dakwah ISMA yang lain mengucapkan ribuan tahniah buat rakan-rakan sepengajian di atas kejayaan mereka di dalam peperiksaan akhir ini. Semoga ia menjadi titik tolak kita semua untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada Agama Islam, bangsa dan negara.

    Semoga dengan kejayaan ini, akan berkembang biaklah dakwah ISMA untuk menegakkan sistem Islam melalui para ilmuan di tempat khidmat masing-masing.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net