108 remaja beraksi di Karnival Futsal Remaja '11

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Kota Bharu; 2 Julai 2011 – Karnival Futsal Remaja anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM-Kelantan) untuk Edisi 2011 telah berjaya menarik 108 orang peserta remaja untuk beraksi di KB Arena Futsal, Pengkalan Chepa. Mereka adalah remaja-remaja dari kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Kelantan.

    Pertandingan menyaksikan 4 kumpulan telah dibahagikan untuk saingan peringkat kumpulan sebelum mara ke suku akhir, separuh akhir dan final.

    Setelah mengharungi aksi yang sengit, akhirnya pasukan Syabab FC dari sebelah utara Kelantan telah berjaya dinobatkan sebagai juara Karnival Futsal Remaja Edisi 2011. Manakala lawannya Tomato FC dinobatkan sebagai naib juara.

    Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penasihat KRIM Kelantan, Ustaz Othman Muhammad.

    Beliau pada ucapan tersebut sempat menekankan kepada peserta bahawa betapa penting untuk generasi muda Islam hari ini membina kekuatan fizikal di samping tidak mengabaikan kekuatan ruhi.

    Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan sesi bergambar.




    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net