.

Santai NAZIM Mac - bukan sekadar santai

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Kota Bharu, 4 Mac : Alhamdulillah. Sebuah program anjuran Nadi Asybal wa Zahrawat Malaysia (NAZIM) Kelantan telah berlangsung dengan meriahnya. Program ini yang dikenali sebagai Santai NAZIM telah berjaya disertai oleh seramai 24 kanak-kanak lelaki (Asybal) dan perempuan (Zahrawat) bertempat di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu.

    Bermula jam 3.00 petang, pelbagai aktiviti outdoor games telah diadakan untuk kanak-kanak ini antaranya ‘masuk kertas’, ‘sungai beracun’, dan ‘saya dan alam’. Aktiviti kemuncak adalah mandi manda di kolam air taman.

    Antara pengalaman menarik juga adalah menunaikan solat Asar beratapkan awan dan berlantaikan rumput.

    Dalam keseronokan bermain, kanak-kanak ini turut diingatkan akan kewajipan untuk taat kepada Allah, Rasulullah, dan ibu bapa dalam satu slot tazkirah yang disampaikan oleh pengerusi NAZIM Kelantan, Ustazah Rafiah di tengah program ini.

    “Kita mesti taat kepada Allah kerana Dia yang menciptakan langit dan tanah tempat kita berpijak,” katanya.

    Orang ramai yang singgah di taman itu turut berasa seronok melihat gelagat anak-anak NAZIM ini. Respon mereka, program ini amat bagus kerana ia bukan sekadar aktiviti sukaria malah turut diselit dengan nilai-nilai Islam.

    Di akhir program ini, para peserta diingatkan tentang objektif diadakan program bukanlah untuk bermain semata, bahkan untuk menyihatkan tubuh badan. Dengan tubuh yang sihat, kita akan selesa untuk beribadah kepada Allah.

    Program tamat pada pukul 6.30 petang.






    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net