Menyusur Perjalanan Ke AGM ISMA Kali ke 12

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Kok Lanas 25 Mac, Seramai lima orang AJK ISMA Kelantan telah bertolak pada jam 4.10 petang dari Kok Lanas ke Kuala Lumpur melalui jalan alternatif (Simpang Pulai - Cameron - Tapah) untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan ISMA kali ke 12.

    Solat subuh berjemaah

    Laluan alternatif ini dipilih memandangkan jalan Gua Musang - Merapoh - Kuala Lipis tidak selesa digunakan kerana jalan rosak dan berlopak. Pada jam 5.00 petang, kami berhenti untuk solat asar di Kuala Krai, dan seterusnya menyambung perjalanan sehinggalah selamat sampai (alhamdulillah) di Brinchang, Cameron Hinglands.

    Solat subuh berjemaah

    Berehat seketika dengan menunaikan solat maghrib dan isya' (jama' ta'khir) secara berjemaah, dan selepas itu berjalan menghirup udara segar Cameron dalam suasana angin sejuk membuatkan kami teringat kembali saat waktu, ketika menghadapi musim sejuk di bumi tarbiyah (Mesir) suatu ketika dahulu.

    Solat subuh berjemaah

    Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sama sekali. Bahkan ianya adalah satu pengalaman yang cukup manis bilamana mengimbau kembali saat waktu menghadiri pertemuan-pertemuan yang membina keimanan dan jaitidiri ketika di Mesir dahulu segar kembali di puncak gunung Cameron.

    Solat subuh berjemaah

    Pada jam 12.30 malam kami bertolak menuju ke Tapah, Perak. Banyak perkongsian dan ceritera yang dikongsikan sepanjang perjalanan, tepat jam 1.30 pagi kami telah pun sampai di R&R Tapah. Kami mengambil keputusan untuk tidur disitu memandangkan waktu masih muda lagi untuk sampai ke destinasi yang dituju.

    Kenderaan mula ditunda


    Rosak

    Jam 5.00 pagi kami bersiap-siap untuk menyambung perjalanan dengan niat untuk berhenti solat subuh di R&R seterusnya. Baharu 10-15 minit perjalanan tiba-tiba lampu gear auntomatik kenderaan yang kami naiki berkelip, 2 minit selepas itu lampu peringatan berwarna kuning menyala dan tempreture (suhu) aras tanda air naik mendadak 120 %. Kami berhenti di kilometer 354 lebuhraya Ipoh - Kuala Lumpur.

    "Nyetok heid" kata orang Kelantan

    Ketika itu hati berdebar dan runsing memandangkan waktu subuh sudah pun masuk, 5 minit kemudian 2 orang India datang untuk membantu yang pada perkiraan kami, inilah cara mereka mencari makan. Setelah berbincang, pada masa sama saya menghubungi ustaz Yusri Ismail memaklumkan apa yang berlaku (mengharapkan ada dikalangan ahli ISMA yang lalu di situ ketika itu) kami meminta 2 orang India tadi menunggu sebentar untuk kami menunaikan solat subuh.

    Stesyen bas Tapah

    Mereka terkejut dan bertanya dengan nada hairan "macammana kamu nak solat ditempat sebegini'? kami menjawab Islam ini mudah, kebetulan di tempat kami berhenti terdapat aliran air yang mengalir perlahan dari atas bukit melalui tangga-tangga yang dibina ditebing bukit tersebut, dari air itulah kami mengambil wudhuk dan menunaikan solat fardhu subuh berjemaah berlantaikan bumi berbumbungkan langit.

    Dalam bas "macam bas kat Mesir"

    Selepas itu kenderaan kami ditarik untuk menuju ke bengkel "pada masa itu kami mengharapkan kenderaan ini dapat disiapkan secepat mungkin memandangkan kami sudah kesuntukan waktu untuk bersama-sama dengan ikhwan ISMA di Pusat Islam Kuala Lumpur.

    Semasa dalam perjalanan yang mengambil jarak 20 km ke susur keluar Slim River itulah saya teringat kembali mimpi yang cukup indah ketika tidur di dalam surau R&R Tapah tadi. Sebelum tidur saya berwudhuk, menunaikan 2 rakaat tahajjud dan 1 rakaat witir, membaca doa tidur dan ketika lena menjengah diri saya menyaksikan di dalam mimpi saya 2 orang muda India mengucapkan syahadah (menganut agama Islam) dihadapan saya, saya khabarkan berita mimpi tersebut kepada semua ikhwan dan mengharapkan 2 orang India itu tadi kembali kepada agama fitrah (Islam) "mungkin disebabkan mereka telah melihat bagaimana ketundukan manusia muslim pada Robnya pada solat subuh tadi" wallahu a'lam "moga mimpi ini menjadi kenyataan".

    Ketika di dalam perjalanan ini juga segala maklumat kedudukan kami telah dimaklumkan kepada YDP ISMA Kelantan yang sudahpun berada di Kuala Lumpur ketika itu.

    Ketika kami sampai dibengkel bersebelahan petronas Slim River kami dikejutkan dengan berbagai bentuk kerosakan yang tidak diduga sama sekali. Setelah melalui beberapa proses perbincangan sehingga jam 10.00 pagi kami mengambil keputusan untuk pulang segera ke Kelantan "memandangkan keesokan harinya kami bekerja" dan mesyuarat ISMA Kali ke 12 sudahpun hampir pertengahan mesyuarat.

    Dari Slim River kami bertolak pulang dengan menaiki teksi menuju ke Tapah (5 orang penumpang) penuh sendat teksi proton tersebut. Tepat jam 11.30 pagi kami sampai di stesyen bas Tapah, kami bergegas ke kedai makan kerana perut masih lagi belum diisi dengan makanan, baru saja kami duduk untuk membuat tempahan makanan kami diuji lagi dengan bas yang sudah ingin bertolak membuatkan kami bergegas menaiki bas menuju ke puncak Cameron.

    Sepanjang perjalanan kami menyaksikan kehidupan masyarakat orang asli yang pelbagai dan mengasyikkan, banyak buah durian yang dijual dibangsal-bangsal yang didirikan membuatkan kecur air liur kami tidak tertahan.

    Rumah orang asli

    Tepat jam 12.50 tengahari kami selamat sampai di Brinchang dan terus mencari restoran... perut yang kosong perlu diisi walau hanya dengan sesuap atau segenggam nasi. Alhamdulillah..

    Selepas itu kami menaiki teksi menuju ke masjid di Tanah Rata untuk menunaikan solat fardhu Zuhur dan Asar. Dan pada masa sama kami menanti ketibaan seorang akh yang datang dari Kota Bharu untuk mengambil kami. "Jazakallah kepada Akhi Azim atas kesanggupan beliau membantu kami"

    Kemudian pada jam 4.00 petang kami betolak pulang dan selamat sampai pada jam 10.00 malam di Kok Lanas. Semoga Allah memberikan kasih sayangNya pada kami dan anda semua.

    Abu Hafizoh
    Ketua Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net