.

Beautiful Girls Camp 11

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Kota Bharu 13 Mac, Dalam kesibukan ibu bapa yang terkejar-kejar megisi kekosongan musim cuti sekolah anak-anak. Kelab Remaja ISMA (KRIM) akhawat cawangan Kelantan telah mengambil kesempatan mengisi permulaan hari cuti persekolahan remaja akhawat dengan mengadakan beautiful girls camp 2011 yang bertempat di Mawaddah Inn, Kota Bharu. kem ini telah diadakan selama 3 hari dua malam iaitu bermula petang khamis hingga sabtu 10 - 12 mac baru-baru ini.


    Antara peserta yang hadir


    Kehadiran peserta akhawat puteri seramai 35 orang telah menghangatkan suasana setiap slot pengisian dan akitiviti, malahan kerjasama setiap ahli telah memantapkan objektif lagi yang ingin dicapai. Antara objektif kem ini adalah mempereratkan ukhuwah antara peserta, meningkatkan daya ketahanan saing, memperkukuhkan iman, mencungkil bakat baru dikalangan ahli dan memahami konsep kecantikan yang sebenarnya.


    Antara slot yang paling digemari oleh para peserta ialah pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Karim Mohamed yang berkait rapat dengan "peribadi muslim".,kemudian terus disambung dengan perbincangan dalam kumpulan tentang tajuk tersebut. malahan setiap aturan program ini diselitkan dengan beberapa slot yang menarik seperti permainan ukhuwah, persembahan dari peserta dan tayangan pada malam yang terakhir.


    Kesinambungan dari setiap aktiviti kem ini, KRIM berharap langkah yang telah bermula kian dapat disusun dengan lebih baik dan berhemah lagi supaya lebih ramai lagi remaja diluar sana yang terpikat dengan KRIM. Ia dapat menguatkan lagi kader-kader yang sanggup dan memahami jalan ini yang sebenarnya, KRIM akan cuba untuk menerus dan memperkukuhkan segala aset yang dimiliki bagi membantu dan membimbing remaja untuk mengenal jati diri yang sebenar iaitu sebagai remaja muslim yang sejati insyaAllah.


    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net