.

Bedah Buku Haazad Dien

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Ustaz Yahaya Nayan YDP ISMA Perlis


    Kota Bharu 12 Mac, Satu majlis bedah buku yang bertajuk “Haazad Dien” (inilah agama) telah diadakan di perpustakaan Nur Az-Zahra’ dan dibentangkan oleh Yang Dipertua ISMA Perlis ustaz Yahaya Bin Nayan.


    Ustaz Yahaya ketika ucap mulanya menjelaskan bahawa buku ini telah dikarang oleh As-Syahid Sayyid Qutb yang juga pengarang kepada kitab tafsir “fii Zilaalil Qura’n”, “Masyaahid Yaumul Qiamah” dan beberapa kitab lain.


    Di antara kandungan utama yang terdapat di dalam buku ini ialah, manhaj untuk manusia, manhaj yang unggul, manhaj yang mudah, manhaj yang berkesan, aset fitrah, aset pengalaman, panduan yang kekal dan langkah seterusnya.


    Sesungguhnya noktah-noktah yang ada di dalam buku ini adalah merupakan noktah-noktah penting buat mereka yang benar-benar yakin dengan agama ini, sebagai contoh, ramai manusia yang menjadikan nafsunya sebagai tuhannya, demikian ulasan yang telah diberikan oleh wakil Aman Palestin bagi negeri Kedah itu.


    Semoga majlis seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang


    Media ISMA Kelantan

    Sedikit sedutan gambar kenangan...


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net