.

Tahniah!!! Untuk Wanita ISMA Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Kemaman, 22 Januari:- Sekalung tahniah kepada kontinjen wanita ISMA Kelantan kerana telah berjaya menghantar pasukan untuk menyertai Karnival Rehlah ISMA Pantai Timur (KRIPT), Karnival yang penuh gilang gemilang ini telah berlangsung dengan jayanya di Institut Integriti Kemaman. 


    Kontinjen Kelantan terdiri dari 2 pasukan iaitu Wanita ISMA Kelantan dan beliawanis PEMBINA Kelantan. Kontinjen Wanita ISMA Kelantan telah diketuai oleh Cik Sala Norhazura Binti Zakaria. Alhamdulillah, Kontinjen kali ini tidak pulang dengan tangan kosong. 

    Pasukan Wanita ISMA Kelantan telah memenangi tempat pertama dalam semua acara yang dipertandingkan iaitu bola jaring dan bola tampar. Istimewanya karnival kali ini ialah para peserta dapat  merapatkan hubungan sesama mereka dan telah memberikan semangat kerjasama yang tinggi walaupun mengalami kecederaan,  sesungguhnya kemenangan itu bukan maltlamat utama, namun jalinan ukhuwah itu telah dapat dirasakan oleh semua peserta.

    Disediakan oleh
    Nor Shahida Abd Gani
    Wartawan Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net