NAZIM meriahkan Majlis Graduasi Tadika Cemerlang Nur Mawaddah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , ,

  • PASIR PUTEH, 30 OKT 2010: Nadi Asybal dan Zahrawat Malaysia atau ringkasnya NAZIM –Kelantan telah dijemput bagi memeriahkan Majlis Graduasi Tadika Cemeralng Nur Mawaddah. Majlis tahunan itu diadakan bagi meraikan para pelajar tadika tersebut yang telah Berjaya menamatkan sesi pembelajaran pada tahun 2010.

    Menurut penyelia Tadika Cemerlang Nur Mawaddah, Ustazah Wan Azilah merangkap Ketua Wanita ISMA Kelantan, undangan persembahan NAZIM ini merupakan antara usaha untuk mempromosikan ISMA dan NAZIM khususnya kepada masyarakat.

    Majlis pembukaan di serikan dengan bacaan Al-Quran oleh adik Mannan Sidek, 7. Beliau yang merupakan antara kanak-kanak dari NAZIM telah mengalunkan bacaan ayat Al-Quran dari surah Maryam ayat 1-11.
    Bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Mannan Sidek

    Sebelum Persembahan

    Pada kemuncak majlis, NAZIM yang diwakili oleh seramai 5 orang kanak-kanak telah membuat persembahan dengan membawakan dua buah nasyid yang bertajuk Bingkai Kehidupan dan Merah Saga yang merupakan nyanyian asal kumpulan nasyid Shoutul Harakah dari Indonesia. Persembahan tersebut telah mendapat tepukan gemuruh daripada pihak penonton.

    Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dengan jamuan ringkas.


    Media ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net