.

KRIM buka pameran di Hari Graduasi Tadika Mawaddah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Kota Bharu, 15 November- Bertempat di Kompleks Balai Islam, Lundang, Majlis Graduasi Tadika Mawaddah 2010 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini diadakan bagi meraikan para pelajar 6 tahun yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka bagi sesi 2010 di tadika tersebut.

    Mengambil peluang ini, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kelantan telah membuka gerai jualan dan pameran sepanjang berlangsungnya majlis. Seramai 12 orang tenaga kerja dari wanita dan dua lelaki telah mengerahkan tenaga untuk mengndalikan gerai dan pameran tersebut hingga ke akhir majlis.

    Menurut Penyelia Tadika Mawaddah, Ustazah Rohana Yahaya merangkap penasihat KRIM Kelantan (Akhawat), gerai dan pameran ini dibuka bagi mendedahkan kepada para ibu bapa akan peranan kelab ini dalam mencapai misi dan visi membina remaja muslim. Seterusnya menyelamatkan mereka dari kancah krisis remaja yang semakin merbahaya kini.

    KRIM turut mempromosikan program Kem Motivasi Anak Soleh yang bakal diadakan pada 9 - 11 Disember depan yang merupakan anjuran KRIM Kelantan. Dalam masa yang sama, iklan Jambori Remaja Muslim Nasional 2 (JIRIM 2) turut diedarkan kepada orang ramai.

    Majlis penuh meriah itu menyaksikan kehadiran seramai 1000 orang hadirin bagi melihat anak mereka naik pentas dengan memakai pakaian graduasi dan memegang segulung ijazah. Pelbagai acara pentas dipersembahkan antaranya pentomen, nasyid, sajak, sketsa, lakonan dan dikir. Turut menyerikan majlis tersebut ialah adik Fathurrahman Abdul Karim, 7. Beliau merupakan salah seorang ahli NAZIM dan pernah belajar di tadika tersebut pada tahun 2009.




    Media ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net