.

Futsal terakhir sebelum Eidul Adha

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Pasir Mas 12 Nov: Riadhah mingguan ISMA KB yang terakhir sebelum menyambut hari raya haji (eidul adha al-mubarak) telah berlangsung dengan jayanya di gelanggang futsal T 7 (Tal Tujuh) baru-baru ini.

    Permainan yang menyaksikan 3 pasukan pilihan itu begitu bersungguh-sungguh berentap untuk merebut gol demi gol sehinggalah tamat perlawanan.

    Pengurus Aman Palestin Kelantan Ustaz Hj Nor Faizul Bin Nuzam
    ketika menyampaikan tazkirah ringkas selepas berlangsungnya permainan futsal terakhir

    Ustaz Hj Nor Faizul Nuzam (pengurus Aman Palestin Kelantan) telah menyampaikan sedikit tazkirah selepas selesai permainan. Di dalam pesanannya beliau turut menekankan peri pentingnya tubuh badan yang merupakan makanan kepada jasmani dan keperluan kita kepada ruh yang kuat.

    Antara ahli ISMA Kelantan yang hadir

    Moga tautan ukhuwwah yang telah disemai selama ini dapat mengikat hati-hati pemain untuk memikul beban dakwah yang berat.

    Melayu Sepakat, Islam Berdaulat
    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net