.

MABIT Bulanan Remaja

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Kota Bharu 30 Sept: Bertempat di pejabat ISMA Kota Bharu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) telah berjaya menganjurkan MABIT Kali pertama selepas hari raya aidilfitri. MABIT yang menghimpunkan remaja dari sekolah-sekolah sekitar Kota Bharu ini mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara mereka.


    Menurut pengarah program saudara Mohd Razib Bin Abdul Rahim, program ini akan tetap dilaksanakan pada minggu keempat setiap bulan dan pada keesokan paginya semua peserta yang terlibat akan mengikuti program terakhir dengan bermain futsal bersama ahli-ahli ISMA yang lain.

    Salah seorang peserta ketika ditanya apakah perasaan beliau bila berada di dalam program seperti ini, beliau menjawab dengan senyum manisnya bahawa program seperti ini dapat memberikan rasa manis beribadah secara jamai' (berkumpulan) dan dapat mempertemukan saya dengan kawan-kawan dari berlainan tempat, ujar adik Mohd Hafizol Naim Bin Jaafar.

    Moga program seperti ini dapat membina jatidiri remaja muslim agar mampu menghadapi rintangan hidup yang mendatang.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net