Kemalangan Satu Musibah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Ustaz Sidek Mamat disamping adiknya Ustaz Mohd Affendi Mamat


    Kota Bharu 29 Sept:- Sesuatu kemalangan yang jika dilihat dihadapan mata walaupun hanya sedikit sudah cukup untuk membawa kita ke alam mimpi yang menakutkan. Secara spontan mulut kita akan terkumat kamit mengucapkan kalimah (nauzubillahi min zaalik) kita minta lindung dari Allah dari perkara itu atau ucapan إنّا لله و إنّا إليه راجعون (sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali).

    Demikianlah ketentuan Allah yang terpaksa dihadapi oleh al-ustaz Mohd Affendi Bin Mamat (adik kepada Ustaz Sidek Bin Mamat yang sebelum ini telah berjaya melalui pembedahan jantung (alhamdulillah), namun pada hari yang telah ditentukan Allah, di saat beliau sedang berpuasa 6 pada hari selasa lepas tepat jam 3.30 petang beliau telah dirempuh dari arah belakang ketika menaiki motor untuk memasukkan angin pada tayar motor dihadapan rumah mertuanya di kampung Geting, Pengkalan Kubur, Tumpat.

    Ustaz Affendi terbaring lesu (moga Allah memberi sembuh insyaALlah)

    Kereta pacuan 4 roda yang datang dari arah belakang dengan laju itu telah menyebabkan ustaz Affendi terpelanting dan jatuh di atas cermin hadapan Hilux tersebut. Kejadian ini menyebabkan tulang belakang beliau sedikit terperosok masuk (pendek), sedikit luka ditangan kanan, manakala pergelangan tangan kanan beliau tergeliat, sedikit luka di dagu dan mendapat jahitan dari bawah mata kanan hingga atas misai kanan.

    Beliau yang ditemui wartawan Media ISMA Kelantan pada petang kelmarin di Wad Cempaka, tingkat 2 Hospital Kota Bharu (HKB) terus mengungkapkan kata-kata "ini adalah kaffarah dosa ana", mungkin rasa hibanya yang amat sangat kerana sudah lama tidak dapat berjumpa dengan saudara-saudaranya di dalam ISMA.

    Ketika ditanya adakah beliau dapat terus menghabiskan puasanya pada hari kejadian, beliau mengangguk, dan kami sempat berpesan padanya agar mengambil peluang yang ada di dalam wad ini dengan beristighfar seboleh-bolehnya seratus kali sehari sebagaimana sunnah Rasulullah S.A.W, membaca al-Quran, solat awal waktu (tidak dapat berjemaah kerana masih lagi terlantar di atas katil). Beliau sempat memberitahu kekadang ketika hendak menunaikan solat, beliau tertidur mungkin disebabkan suhu badan yang tidak menentu. Sebelum melangkah pergi kami sempat membisikkan ke telinganya jika ada terasa sepi boleh lah menghantar sms kepada kami dan kami sedia menanti 24 jam insyaAllah.

    Terima kasih atas ziarah ini katanya yang tidak lepas-lepas memegang tangan ustaz Mohd Al-Hadi yang bersama kami pada petang itu. Air matanya hampir tumpah kerana merasakan manisnya nikmat persaudaraan yang telah dibina sejak ketika kami bersama di bumi Mesir dahulu lagi.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net