.

Untuk Mu Palestine - YDP Isma Kel bersama pelajar KIST Bachok

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • BACHOK : Kolej Islam Sains dan Teknologi Bachok telah mengadakan program Untuk Mu Palestine di perkarangan kampus Ibnu Sina Bachok selama dua hari yang melibatkan keseluruhan pelajar dan kakitangan . Pada majlis penutup, Ketua Pegawai Operasi (COO) kampus Bachok Puan Noraihan binti Che Ali menyampaikan sumbangan masing-masing RM 2000 kepada Aqsa Syarif yang diwakili oleh Ustaz Hasanuddin bin Yunus selaku Presiden Aqsa Syarif dan Aman Palestine Malaysia cawangan Kelantan yang diwakili oleh Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir selaku Pengerusi Aman Palestine Malaysia cawangan Kelantan.
    ( Penyampaian cek oleh COO KIST kepada Aman Palestine)


    Ceramah telah disampaikan oleh Presiden Aqsa Syarif berkisar tentang sedikit latarbelakang Palestine dan Masjid Aqsa serta pengalaman beliau semasa ditawan oleh Yahudi baru-baru ini.Majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh pelajar dan staf KIST dalam bentuk nasyid dan sajak.
    ( Tetamu jemputan dan staf KIST menonton persembahan)


    Semasa temubual dengan wartawan, YDP Isma Kelantan menekankan betapa pentingnya isu Palestine disampaikan kepada masyarakat dengan apa cara sekalipun. Sehubungan dengan itu Aman Palestine cawangan Kelantan dengan kerjasama Isma Kelantan akan membuka pejabat dalam masa terdekat di pusat bandar Kota Bharu untuk mempermudahkan urusan dan perhubungannya dengan masyarakat.

    Unit Media Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net