.

Aman Palestin dalam Program Untukmu Palestin

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Bachok, 17 - 18 Julai 2010: Kolej Islam Sains dan Teknologi Bachok, Kelantan telah mengadakan sebuah program besar iaitu program ‘Untukmu Palestin’. Majlis ini dianjurkan bersempena untuk mengingati mangsa-mangsa keganasan Israel di Palestin iaitu satu tempat yang telah menjadi tumpuan dunia pada hari ini.

    Isu Palestin yang menjadi isu antarabangsa telah diketengahkan dengan menjemput salah seorang sukarelawan yang telah melalui pengalaman di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis Israel ke atas kapal tersebut pada 31 Jun lalu, iaitu Ustaz Hasanudin B Mohd Yunos; Pengerusi Aqso Sharif. Yang berbahagia ustaz telah menyampaikan ceramah dan menceritakan pengalaman beliau kepada warga kolej yang terdiri daripada pelajar dan staf seterusnya memberi impak kesedaran yang besar mengenai isu Palestin ini.

    Pihak Aman Palestin cawangan Kelantan turut bersama untuk menjayakan program tersebut dengan membuka pameran untuk para pengunjung. Info sejarah Palestin dan juga beberapa gambar kekejaman Zionis Israel telah dipamerkan. Melalui pameran ini, para pengunjung yang terdiri daripada pelajar dan staf telah berpeluang untuk membeli buku-buku Isu Palestin serta menyumbangkan wang derma untuk mangsa-mangsa Palestin ke dalam tabung derma yang disediakan.

    Acara kemuncak bagi program tersebut ialah Majlis Penyerahan cek sumbangan daripada Kolej Islam Sains dan Teknologi kepada wakil Aman Palestin dan wakil Aqsa Sharif. Wakil Aman Palestin cawangan Negeri Kelantan iaitu Ustaz Sharipudin b Ab. Kadir telah menerima cek bernilai RM 2000 daripada wakil Kolej Islam Sains dan Teknologi. Pihak Aqsa Sharif juga telah mendapat jumlah yang sama untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin.

    Majlis tamat pada jam 12 tengahari. Semoga program-program sebegini lebih banyak diadakan untuk menyedarkan masyarakat akan isu kemanusiaan ini. Berikut adalah antara gambar sepanjang program:



    Media ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net