.

Multaqo Asatizah Sedang Berlangsung

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Putrajaya 6 Mac - Bertempat di Dewan Auditorium 1, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya satu pertemuan asatizah ISMA dari seluruh negara sedang berlangsung ketika ini. Asatizah dari ISMA Kelantan juga adalah di antara kumpulan yang telah hadir di dalam majlis ini.

    Ustaz Kamal Yuzan (kanan) ketika membaca al-Quran pada permulaan majlis

    Seramai 13 orang asatizah dari ISMA Kelantan telah bertolak pada jam 6.30 petang Jumaat lagi untuk tidak ketinggalan di dalam program yang julung-julung kali diadakan ini.

    Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA) dalam ucapan sulungnya pada sebentar tadi berkata; "Pertemuan ini adalah satu petunjuk kemajuan yang telah kita capai dalam usaha-usaha untuk kita bawa dakwah Islamiyyah".


    Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik dengan Ustaz Rushdan Abdul Halim (YDP ISMA Kuantan)

    "Dalam kategori NGO, ISMA adalah yang paling ramai ustaz, sekiranya 50 % yang muncul memainkan peranan di dalam masyarakat, maka kita tidak ada masalah. Potensi ini perlu diketengahkan. Kita kena bangunkan potensi di dalam pelbagai bidang."

    Perubahan-perubahan yang berlaku begitu cepat di dalam ISMA memerlukan para ustaz/ah berubah dengan cepat yang mengizinkan kita memainkan peranan baru. Marhalah dakwah kita sekarang menuntut peranan baru, kita kena mainkan peranan sebagai asatizah sebagai ulama' takhassus. kita hendak menjuruskan sebahagian besar asatizah membangunkan potensi ulama' dan asatizah perlu digilap dari segi ilmu.

    Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik ketika menyampaikan ucap tama

    Sekarang kita kena beri penekanan kepada isu-isu semasa. Sekarang ni keperluan masyarakat kepada ulama' sangat terdesak. Ia memberi peluang kepada kita untuk kita muncul. Dulu ada ulama'-ulama' yang nampak "Musonnafah" (mengkategorikan ulama') tidak ada satu contoh ulama' yang unggul pada masa ini untuk menjadi rujukan masyarakat. Ini adalah tuntutan kita semua. Perlu kita merujuk kembali kitab-kitab fiqh dengan makna kita kena buka kitab belajar semula dari segi usul fiqh dan ilmu-ilmu lain seperti Hadith Bukhori Muslim... Kita hanya banyak ambil kata-kata tarbawi sahaja. Peranan kita kena berganjak.

    Kita mesti memahami waqi'e (suasana) kepada apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Agar kita dapat faham tuntutan marhalah sekarang sudah berbeza. Ana harap kita boleh memberi masa kepada masyarakat dengan memberi penerangan-penerangan yang sewajarnya. Kita kena "Projekkan" masyarakat ke arah pemahaman yang lebih baik.

    Cara penyampaian, mestilah dipindahkan dari satu orientasi kepada satu orientasi yang lain. Sekarang ni bila kita hendak mencari penulis. Bila nak tulis tak tahu nak kata apa, ilmu banyak, pengalaman banyak tapi tidak tahu "skill" untuk menyampaikan. Kita perlu menyedarkan diri kita kepada "skill-skill" baru.

    Bagi ana, kita boleh berubah, masalah kita bukan dari segi keupayaan intelektual tapi dari segi orientasi marhalah kita. Jangan ambil masa yang lama untuk berubah. Tolong... kalau tak pandai menulis... belajar menulis demi kerana tuntutan dakwah.

    Demikian sedikit catatan yang sempat ditulis... Ketika ini Presiden masih lagi meneruskan ucapan beliau.

    Media ISMA Kelantan



    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net