.

Menangani Isu-Isu Dalam Masyarakat

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Putrajaya 6 Mac - Multaqa Asatizah yang dianjurkan oleh Sekretariat Dakwah & Sosial ISMA Pusat kali ini penuh dengan pengisian-pengisian yang menarik. Di antara pembentangan yang begitu menarik perhatian ialah pembentangan bertajuk "Menangani Isu-Isu Masyarakat" yang dibentangkan oleh Ustaz Mukram Mohd Taib dari ISMA Daerah Hulu Langat (DHL).

    Gambar hiasan


    Walaupun penat bermusafir semalaman, para asatizah dari ISMA Kelantan tetap sabar mengikuti program yang telah diatur khas ini. Pedoman panduan yang dibentangkan di dalam slot ini benar-benar menguji minda dan kemampuan peserta untuk menghadapi situasi sebenar berdasarkan kepada tajuk yang diketengahkan.

    Ustaz Mukram turut berkata bahawa selain isu biasa, isu-isu syariah perlu diambil berat oleh asatizah ISMA terutamanya dalam mengetengahkan pandangan dan penyelesaian yang telah diputuskan oleh ISMA. Kita juga mesti melihat dahulu apakah perkara-perkara yang difikirkan oleh masyarakat dalam sesuatu isu yang timbul dan menyelesaikan isu tersebut dengan penuh hikmah.

    Penekanan kepada insitusi masjid sebagai tempat untuk menyelesaikan segala isu masyarakat dengan penuh berkesan dan kepelbagaian teknik amatlah diharapkan.

    Demikianlah sedikit nota yang sempat dinukilkan oleh Media ISMA Kelantan untuk tatapan semua pengunjung. Ketika berita ini diterbitkan, pembentangan ini hampir kepada penghujungnya... dan mintalah pertolongan kepada Allah... Itulah kata-kata terakhir ustaz Mukram sebelum berita ini dipublishkan.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net