.

Dakwah ISMA Di Masjid Dan Surau - Peluang Dan Cabaran

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Putrajaya 6 Mac - Barisan asatizah yang diketuai oleh YDP ISMA Kelantan telah berkesempatan untuk mengikuti pembentangan melalui slide oleh Naib Presiden ISMA Ustaz Abdul Halim Abdullah. Beliau menggesa kepada semua YDP ISMA kawasan agar memastikan semua masjid mempunyai agenda ISMA.

    Naib Presiden ISMA 1 Ustaz Abdul Halim Abdullah
    ketika membentangkan kertas kerja beliau

    Beliau turut mempersoalkan di mana kita hendak mendapatkan senarai masjid-masjid? Beliau juga turut menyentuh agar setiap asatizah meletakkan agenda ISMA di masjid tempat tinggal masing-masing. Asatizah mestilah sebagai contoh mengedarkan teks-teks khutbah, mengendalikan slot tazkirah dan sebagainya. Kita kena guna peluang ini untuk menyampaikan agenda kita dengan mengumpulkan manusia.... (MI-tambahan) ke arah kebaikan dan ketaatan yang tersusun sebagai persediaan diri untuk bertemu dengan Allah.

    Ustaz Abdul Halim turut sudi berkongsi pengalamannya ketika mula-mula menyampaikan dakwah di masjid. Sejarahnya bermula pada akhir 1990an di mana beliau banyak mengajar di masjid dan di surau. Beliau turut mengetengahkan potensi masjid seperti solat jumaat, di mana boleh digunakan peluang tersebut untuk mempromosi ISMA melalui sebaran risalah dan pengumuman-pengumuman program.

    Penekanan kepada potensi masjid amat panjang... Potensi masjid yang terdiri dari orang soleh, ada sumber kewangan, pengaruh status masjid dan mempunyai penceramah yang berwibawa. Beliau turut menggesa ustaz-ustaz ISMA agar mengajar di (1) masjid/surau paling kurang. Kita mesti ajak manusia kepada kebaikan. Kita kena selitkan perkara-perkara yang bersifat "irsyad al-mujtama').

    Masyarakat perlu didedahkan tentang prinsip, perjuangan, kebenaran, kebebasan, pakaian barat, gejala sosial, kejiranan, cinta majlis ilmu, kasih sayang dalam masyarakat, gotong royong, melaporkan sebarang maksiat, mencari orang yang susah yang memerlukan bantuan, bantuan malapetaka, menjelaskan isu-isu semasa, mengetengahkan pendirian islam dalam satu-satu isu, mengetengahkan cara hidup seharian seperti pakaian, solat jemaah di masjid, kemeriahan ramadhan, suasana aidilfitri dan juga sambutan hari-hari sempena.

    Beliau turut menggesa agar setiap ikhwah/t ISMA berfikir tentang apa yang sepatutnya kita buat di dalam masjid. Kita hendaklah mempunyai objektif am seperti sebar fikrah Islam yang sahih ke dalam masyarakat di dalam masjid tersebut. Tugas memperkenalkan ISMA bukan tugas individu tetapi ia adalah tugas kita semua.

    Melalui masjid kita boleh perkenalkan ISMA melalui mimbar ISMA yang turut diselitkan di dalamnya isu-isu semasa, isu masyarakat, polisi ISMA dan kita hendaklah menjadikan masjid sebagai pusat dakwah masyarakat.

    Beliau juga turut mengajak hadirin asatizah agar mempunyai objektif khas di dalam masjid dengan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada ikhwah/at dan juga membanteras maksiat. Kepada mas'ul-mas'ul halaqoh beliau berharap agar anak didik hendaklah didedahkan dengan perkara-perkara yang disebutkan di atas tadi.

    Pesanan akhir yang sempat dirakam ialah: "projek 1 akh 1 masjid"...

    Demikianlah antara beberapa ungkapan emas yang sempat ditulis oleh Media ISMA Kelantan. Majlis ini masih lagi belum berakhir ketika berita ini diterbitkan....

    Berikut adalah sedikit komen dari penceramah ISMA Kelantan Ustaz Abdul Karim Mohamed (AJK ISMA Kelantan) disaat mendengar bicara Ustaz Halim di atas; "Masjid adalah merupakan institusi yang amat penting untuk dakwah. Ikhwah mesti mempengaruhi institusi masjid untuk dakwah"

    Media ISMA Kelantan


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net