.

Sambutan Maulidur Rasul 1431H bersama masyarakat

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:


  • Peringat, 9 Mac – Majlis sambutan maulidur rasul yang dianjurkan ISMA Kelantan telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Taman Desa Rimbunan, Peringat. Majlis dihadiri oleh sebilangan besar penduduk taman dan sebahagian ahli ISMA Kelantan.

    Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, dan disusuli dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Karim bin Mohamed (Ahli ISMA Kelantan).

    Di awal ceramahnya, beliau menyentuh tentang syarat seseorang muslim untuk menjadi mukmin. Beliau memberikan satu contoh yang mudah, iaitu solat berjemaah. Di Malaysia, masyarakat umumnya amat bersemangat meraikan majlis Maulidur rasul. Namun apabila tiba waktu solat, sebaliknya yang berlaku. Hanya sebilangan kecil sahaja yang kenampakan di masjid atau surau untuk sama-sama mendirikan solat secara berjemaah. Hakikatnya, nabi diagungkan, tetapi sirah nabi tidak diambil tahu. Situasi ini ialah antara gambaran yang belum memenuhi piawaian sebagai mukmin.

    Sunnah dan sirah mesti seiring. Sebagai seorang muslim, kita harus mempunyai cinta yang agung, iaitu cinta Allah dan Rasul-Nya. Cinta Allah adalah mengikuti suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Manakala cinta Rasul adalah mengetahui sunnah dan sirah perjuangan dakwah baginda serta menghayatinya. Menghayati sirah nabi adalah dengan mengamalkan sunnahnya sebagaimana firman Allah:

    “إن كنتم تحبون الله فاتبعوني”
    Maksudnya: jika kamu mencintaiku, maka ikutlah aku... (surah al-ahzab : 21)


    Disamping itu, Ustaz Abdul Karim turut menyertakan beberapa contoh sifat dan perbuatan dalam sejarah baginda Rasul yang wajib diketahui, diteladani dan diamalkan untuk membina asas menjadi seorang mukmin yang diredhai Allah.
    Di pengakhiran ceramah, Ustaz Abdul Karim menegaskan bahawa menghayati sirah rasul akan memberi impak dalam merubah kehidupan masyarakat hari ini kepada yang lebih baik.

    Firman Allah taala :

    “وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين”

    Maksudnya: tidak aku utuskan engkau kecuali sebagai rahmat kepada sekalian alam.

    Ceramah berakhir jam 9 malam. Majlis kemudian diteruskan dengan solat Isyak secara berjemaah dan disusuli dengan selawat keatas junjungan besar Muhammad s.a.w. Sedikit jamuan ringkas turut disediakan kepada para hadirin sebelum bersurai. Pihak ISMA Kelantan mengucapkan terima kasih kepada warga kerja dan warga taman yang terlibat dalam menjayakan program ini.



    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net