.

Seminar Keluarga Dakwah Sedang Berlangsung

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Kota Bharu: 27 Feb, Bertempat di Dewan Kasturi, Hotel Raudah, satu seminar keluarga dakwah anjuran Biro Wanita ISMA Kelantan sedang berlangsung ketika ini. Tema utama seminar ini ialah "Keluarga Cakna, Dakwah Perkasa". Seramai 55 orang peserta telah menghadirkan diri mereka ke seminar ini.

    Program yang bermula pada jam 9.10 minit pagi itu dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh adik Mohd Faris Bin Sidek dan seterusnya disambung dengan ucapan alu-aluan Ketua Wanita ISMA Kelantan, Ustazah Wan Azilah Binti Wan Abdullah.

    Majlis seterusnya menjemput Ustaz Sharipudin Abd Kadir selaku YDP ISMA Kelantan untuk merasmikan seminar keluarga dakwah. Sejurus selepas masjlis perasmian, Ustazah Norakhilah Binti Baharin (penceramah jemputan) dari ISMA Perak Tengah naik ke pentas untuk membentangkan slot pertama iaitu "Komunikasi Berkesan Dalam Rumah Tangga Dakwah".

    Program ini dilaksanakan atas dasar untuk memberi penekanan terhadap keperluan keharmonian dalam rumah-tangga bagi melancarkan perjalanan dakwah serta membentuk generasi "Rabbani" dalam kesinambungan dakwah.

    Antara objektif utama seminar ini ialah untuk melahirkan rumah tangga muslim yang pro-aktif dalam dakwah dan mampu menjana komunikasi berkesan dalam rumah tangga dakwah serta sebagai persediaan ke arah melahirkan generasi pelapis yang memahami tugas dan tanggungjawab dakwah.

    Nantikan laporan penuh selepas ini...

    Media ISMA Kelantan


    Gambar-Gambar Ketika Seminar Berlangsung

    Sesi pendaftaran

    Antara Peserta Yang Hadir

    Bacaan Ayat Suci Al-Quran Oleh Adik Mohd Faris Bin Sidek

    Ketua Wanita ISMA Kelantan
    Ustazah Wan Azilah Binti Wan Abdullah Ketika Menyampaikan Ucapan Alu-Aluan

    Ustaz Sharipudin Abd Kadir
    Ketika Merasmikan Seminar Keluarga Dakwah

    Ustazah Norakhilah Binti Baharin Ketika Membentangkan Slot Komunikasi Berkesan Dalam Rumah Tangga Dakwah





    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net