Futsal - Medan Menambah Kebaikan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Wakaf Che Yeh: Jumaat, 26 Feb; Program riadhah mingguan kali ini telah berjaya dilangsungkan di padang permainan bola futsal Pintu Geng. Seramai 15 orang peserta dari pelbagai tempat telah mengambil bahagian dalam permainan kali ini.


    Memanaskan badan


    Riadhah yang bermula pada jam 9 pagi ini berjaya mengeratkan lagi ukhuwwah fillah (persaudaraan kerana Allah) antara sesama peserta. Sesungguhnya persaudaraan sebegini perlu disebarluaskan agar ia berpanjangan di mana-mana sahaja pertemuan diadakan, samaada di dalam majlis-majlis ilmu, di kedai kopi, di padang bola atau di mana sahaja. Biarlah setiap pertemuan itu bermula dan berakhir dalm suasana taat diri pada Allah. Pertemuan seperti inilah yang telah dipraktikkan oleh para sahabat (moga Allah redha pada mereka semua) pada zaman kegemilangan mereka dahulu.


    Sesi tazkirah


    Tepat jam 10 pagi permainan berakhir dan sedikit tazkirah telah disampaikan oleh pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM) saudara Mohd Razib Abdul Rahim. Di dalam tazkirah ringkas beliau berkata:


    “Ikhwah yang dirahmati Allah sekelian, kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Allah bagi masa pada kita untuk kita bekerja, nescaya kalau kita tidak bertemu di padang bola, untuk bertemu di tempat lain satu benda yang agak sukarlah, kita dah perhati banyak kali dah, bila takder bola setiap minggu, ikhwah akan berjumpa sebulan sekali waktu qiam, jadi itulah yang kita lihat, bola ni satu benda yang orang lain memandang ringan, insyaAllah pada kita satu kewajipan yang sangat penting lah. Kewajipan yang patut diambil oleh semua ikhwah.


    Ada rumusan-rumusan kata tak boleh main, sakit kaki atau sebagainya, walau macammana pun, sakit kaki, tak boleh main, ada kerja, datang juga, walaupun tak main, tapi kita boleh bersama dengan ikhwah. Kalau kita nak harapkan kita pergi berjalan rumah ke rumah, benda ni mustahil berlaku, kalau berlaku pun pada masa-masa tertentu sahaja, tapi insyaAllah bila ada bola ni, kita boleh bersua berjumpa. Sempena dengan maulidurrasul ni, kita kena ubah sikap kita… mudah-mudahan Allah S.W.T memberi kekuatan kepada kita untuk terus bekerja dan bekerja”


    Sentuhan iman


    Minggu depannn… di tempat ini juga kita akan berkumpul insyaAllah… “kata ustaz Faisol selaku ketua permainan pada hari itu.


    Moga program berbentuk sebegini menambah keimanan, mengukuh persaudaraan dan membangunkan kembali kekuatan Islam di serata tempat.


    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net