.

Sedutan Ucapan Perasmian Seminar

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Berikut adalah sedutan ucapan perasmian YDP ISMA Kelantan Ustaz Sharipudin Abd Kadir semasa merasmikan "Seminar Keluarga Dakwah".

    Selepas memuji Allah S.W.T, berselawat kepada baginda Rasulullah S.A.W, beliau memulakan ucapan perasmiannya dengan memberi penekanan kepada peranan ikhwah dan akhawat dalam membuat kerja dakwah.

    Pujian diberikan kepada akhawat yang telah bertungkus lumus dan rajin dalam membuat kerja dakwah. Pengorbanan yang telah dilakukan oleh akhawat dalam menyebarkan kalimah Allah ini sangat banyak dan besar ertinya. Ini menjadi satu cabaran kepada ikhwah juga agar lebih bertungkus lumus dan lebih serius dalam melakukan kerja dakwah.

    Turut disentuh mengenai peranan sebuah institusi keluarga sebagai teras dalam masyarakat. Beliau suka untuk menggunakan ungkapan "nucleus" bagi menunjukkan betapa pentingnya sebuah keluarga muslim untuk menjadi tauladan atau qudwah kepada masyarakat sekeliling.

    Ucapan diteruskan dengan memperkatakan mengenai mentaliti masyarakat Melayu kita terhadap anak-anak mereka. Kebiasaannya ibu bapa tidak suka kesusahan yang mereka alami dahulu berlaku kepada anak-anak mereka. Oleh itu, mereka meletakkan harapan agar anak mereka tidak perlu bersusah-susah dan bekerja keras macam mereka. Sebenarnya pengharapan sebegini adalah silap.

    Sekiranya ibu bapa berpenat lelah dalam berdakwah, maka kenapa tidak anak mereka juga berpenat lelah dalam hal yang sama. Tidak boleh tidak untuk kita membiarkan anak-anak kita bersenang lenang dan terbiarkan tanpa tarbiyah Rabbani.

    Beliau turut menekankan aspek tarbiyah anak-anak semenjak daripada kecil lagi. Umur kanak-kanak manusia adalah paling panjang berbanding makhluk-makhluk lain ciptaan-Nya, inilah masa yang sangat efektif untuk melakukan proses tarbiyah. Tempoh dua tahun menyusu yang diberikan Allah kepada kanak-kanak sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa sebagai persediaan kepada anak-anak mereka di masa depan.

    Ustaz Sharipudin ketika menerima cenderahati yang telah disampaikan oleh
    Timbalan beliau Ustaz Othman Bin Muhamad

    Seterusnya dengan lafaz بسم الله الرّحمن الرّحيم beliau merasmikan Seminar Keluarga Dakwah Anjuran Biro Wanita ISMA Kelantan.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net