.

KOBANNA - Dalam Kenangan...

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Alhamdulillah... dapat juga saya menghadiri konvensyen ini. Ini kali pertama saya menghadiri Konvensyen ISMA, dapat banyak manfaat dan faedah, dan yang pentingnya saya dapat bertemu kembali sahabat sepengajian yang lebih 12 tahun berpisah.
    Asfi, Pasir Mas

    Alhamdulillah KOBANNA dapat memberi pendedahan sebenar tentang kekuatan Islam
    Siti, Wakaf Bharu

    KOBANNA membuka minda anak-anak muda untuk mencontohi corak kepimpinan tokoh Islam ternama "Hasan Al-Banna". Pemikiran dan tindakan beliau dalam membentuk negara Islam adalah praktikal dan relevan dalam konteks Malaysia hari ini.
    Nur Cahaya

    Bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menyertai KOBANNA. Dalam perjalanan pergi ke tempat Konvensyen, rasa macam ternanti-nanti apakah pengisian yang disampaikan. Selepas KOBANNA rasa banyak pengetahuan baru yang diketahui dari perjuangan Hasan Al-Banna. InsyaAllah sama-samalah kita melaksanakannya. Allahu Akbar!!!
    Zira Solehah, Pasir Puteh

    Alhamdulillah KOBANNA boleh menambah ilmu pengetahuan, disamping mengeratkan ukhuwwah antara satu sama lain.
    Abdan Syakura, Pasir Puteh

    Setiap pembentangan kertas kerja mempunyai kekuatan dalam penyampaian isi tersirat. KOBANNA mampu menyebarkan fikrah sebenar ISMA dan IKHWAN.
    Hijrah1122

    Alhamdulillah, segala pujian untuk Tuhan sekalian alam. Syukur tak terhingga kerana diberi peluang untuk menerima pendedahan dan input-input yang agak menarik daripada Konvensyen ini. Saya doakan dan meletak harapan yang tinggi kepada ISMA. Semoga menjadi "HAMAS" di Malaysia pada suatu hari nanti dalam menyelamatkan bahtera umat yang tersasar jauh. Wallahua'lam
    Ummu Atiyah, Kg Gelong, Machang


    YDP ISMA Kelantan Ustaz Sharipudin Ab Kadir bersama Ustaz Nik Abdul Rahim Nik Abd Aziz (Kiri sekali), Ustaz Nik Omar Nik Abd Aziz (Sebelah kanan beliau) "kedua-duanya adalah anak Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nikmat, Menteri Besar Kelantan, dan ustaz Abdul karim Mohamed (AJK ISMA Kelantan)

    Bagi saya, KOBANNA adalah satu perhimpunan, muktamar yang menghimpunkan manusia beriman. Ayat-ayat iman, tazkirah ingatan, bicara-bicara keistimewaan bangsa melayu muslim dan sejarah umat terdahulu yang dibentangkan amat menyentuh hati. Sesungguhnya inilah himpunan orang-orang yang menyiapkan diri mereka untuk bertemu Allah Azza Wajalla. Masih terngiang di telinga saya ayat-ayat " Sesungguhnya solatku, ibadahku (pengorbananku) hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah" semata-mata sebagai persiapan diri untuk bertemu Allah. Mereka yang hadir layak digelar pejuang bangsa!!!
    Abu Maryam, Jerteh Besut

    Media ISMA Kelantan

    Gambar-Gambar TRIP TO KOBANNA





    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net