Liputan Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA)

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Tepat jam 9 malam pada 29 Januari 2010 bersamaan hari Selasa, semua peserta ‘Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa’ telah bertolak ke Kuala Lumpur. Semua peserta dari cawangan ISMA Kelantan telah berkumpul di Pulau Melaka, Peringat dan Kok Lanas sebelum bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki dua buah bas dua tingkat.

    YDP ISMA Kelantan Ustaz Sharipudin Ab Kadir, dua dari kanan

    Semua peserta memulakan perjalanan dengan perasaan penuh kegembiraan serta semangat juang yang tinggi. Tidak cukup dengan menggunakan dua buah bas, sebanyak 3 buah kereta digunakan untuk menampung jumlah peserta yang ramai daripada cawangan ISMA Kelantan. Jumlah keseluruhan adalah 94 orang.

    Turut serta, Ustaz Othman Muhamad TYDP ISMA Kelantan

    Setelah 8 jam perjalanan, semua peserta tiba di Kuala Lumpur. Pada pukul 8.00 hingga 8.40 pagi, semua peserta mula mendaftar untuk mengikuti KOBANNA di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Putrajaya.

    Ketua wanita ISMA Kelantan Ustazah Wan Azilah kiri sekali

    Bersama Saudari Sala Norhazura ketua Beliawanis Persatuan Belia Islam (PEMBINA) Kelantan

    Tepat jam 9.20 pagi 30 Januari 2010 KOBANNA telah dimulakan dengan bacaan alunan gema wahyu. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan pendahuluan oleh Pengarah Program KOBANNA, Ustaz Wan Hisham bin Wan Embung.

    Pada jam 9.40 pagi, ucaptama konvensyen telah mengambil tempat dalam majlis tersebut dan ia disempurnakan oleh presiden ISMA sendiri iaitu Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman. Ucapan yang disampaikan berkisar tentang seruan untuk melakukan perubahan kepada bangsa Melayu Muslim. Selepas itu, beliau meneruskan ucapan dengan membicarakan tentang pemikiran Hasan Al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa.

    Semua peserta mendengar ucaptama tersebut dengan penuh khusyuk. Disamping itu beliau turut mengumumkan pendirian ISMA untuk menyusun gerak kerja menjurus kepada gagasan membangunkan semula keperibadian Melayu sebagai umat yang memiliki risalah.

    · Membina jatidiri atas keperibadian Islam yang betul

    · Bersatu atas satu agenda

    · Menjadi bangsa yang kuat

    · Memimpin agenda Islam

    Beliau mengakhiri ucapannya dengan merasmikan KOBANNA.


    Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman selepas merasmikan KOBANNA

    Orang ramai dan peserta yang turut hadir

    Seterusnya pada jam 11.30 pagi, Kertas Kerja 1 dibentangkan oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi b. Hj. Alias (Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia "HRD" ISMA Pusat). Kertas kerja ini bertajuk “Pemikiran Al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda”

    Tepat jam 2.30 petang, semua peserta telah berkumpul di Dewan Seri Sarjana, UNITEN untuk mendengar pembentangan Kertas Kerja 2 oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Abd. Rahman dengan tajuk “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia”. Beliau membahaskan tentang gambaran menyeluruh mengenai pandangan Al-Banna terhadap agenda pembangunan ummah serta menilai kepentingan pelaksanaan agenda ini di Malaysia.

    Pada jam 3.45 hingga 3.55 petang, sedikit tayangan slide dipersembahkan. Seterusnya program disambung dengan pembentangan Kertas Kerja 3 oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni bertajuk “Memikul Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak”. Pembentangan tersebut tamat pada 4.50 petang dan sesi soal jawab tamat pada 5.10 petang.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net