Perginya Seorang Mujahidah Dakwah ISMA

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:


  • Sedih hati sehingga ke pagi ini 16/10/09 (jumaat) masih lagi menyelubungi jiwa saya atas pemergian seorang mujahidah dakwah ISMA Kelantan al-marhumah Ustazah Nazirah binti sidik. Beliau dilahirkan pada 12/06/1981. Hari ke enam selepas saya dilahirkan (06/06/1981) - namun dalam umur yang sama dan sedikit (muda hari) dari saya beliau pergi bertemu Allah dalam keaadaan hati yang penuh redha... Moga Allah redha juga padanya atas pertemuan ini.

    Gambar almarhumah ustazah Nazirah Binti Sidik
    di barisan belakang sekali sebelah kanan sedang mendukung anaknya.

    Sememangnya masa saya amat terbatas untuk menulis tentang peribadi almarhumah yang boleh dicontohi. Namun cukup saya memberi berita gembira bahawa beliau mengakhiri hidupnya dengan amal yang cukup baik. 2 hari sebelum kematian beliau telah meluangkan masa bersama isteri saya dan juga akhawat ISMA yang lain di dalam (halaqoh imaniyyah) perkumpulan yang membina iman. Beliau juga telah menghantar (SMS) sistem khidmat pesanan ringkas melalui telefon kepada isteri saya tentang MABIT singkatan kepada (Malam Bina Iman & Taqwa) anjuran ISMA untuk akhawat di Kampung Bukit Temalong, Bachok Kelantan. Beliau juga amat berkeinginan untuk membuat pertemuan seterusnya dengan isteri saya di rumah saya pada hari khamis minggu depan.

    Tetapi takdir Allah mengatasi segalanya... akhirnya beliau bertemu Allah sepertimana yang telah dikehendakiNya dalam keadaan mulutnya tidak berhenti mengucap kalimah Allah... Allahhh... Allahhhh .. sakit (akibat rempuhan kemalangan) Allah... Allah... Allah sehingga beliau bertemu Allah dalam keadaan tenang di HRPZ ii Kota Bharu. Berita selanjutnya sila layari blog ismakelantan.blogspot.com.

    InsyaAllah jika ada waktu... saya akan menyambung lagi penulisan saya.... hati ini masih lagi menangis sedih atas pemergian seorang akhawat fillah... salah seorang teman rapat isteri saya... Yang Kekal Adalah ALlah...

    Nota: tergesa2 sedikit kerana nak kena gi ambil isteri yang baru habis program MABIT

    Sumber rujukan: citaimpian.blogspot.com
    Diluluskan oleh: Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net